Page 177 - pdfcoffee.com_modul-kokurikulum-mbkpdf-pdf-free
P. 177
Medium komunikasi : Bendera putih dan penggunaan bahasa isyarat untuk MBK
kurang upaya pendengaran.
Langkah 1 : i. Memanaskan badan – berlari keliling gelanggang.
ii. Melakukan regangan dalam kumpulan besar (lantik
seorang MBK untuk mengetuai aktiviti regangan).
Langkah 2 : Kemahiran menghadang:
i. berdiri mengadap pemain lawan
ii. berdiri dibelakang pemain lawan
iii. berdiri membelakangan pemain lawan
iv. berdiri di sisi pemain lawan
Kemahiran mengelak (bebas dari kawalan):
i. berlari ke arah yang sesuai – ruang kosong
ii. berlari laju dan berhenti dengan mengejut
iii. berlari perlahan-lahan dan tukar kepada berlari laju
iv. mengacah dan bergerak ke suatu arah (bongkokkan
badan ke satu arah untuk mengelirukan pemain lawan.
Kemudian bergerak ke arah bertentangan)
Langkah 3 : i. Permainan kecil separuh gelanggang.
ii. Permainan mengikut undang-undang sebenar.
iii. Membina sistem pertahanan dalam zon masing-
masing/pertahanan dalam kawasan gol.
Penutup : Soal jawab dan perbincangan berkaitan kawalan emosi
semasa permainan.
Syarat Perlaksanaan : Amalan penggunanan sistem pertahanan satu lawan satu.
Latihan/ Pengukuhan/ : Libatkan MBK untuk menjadi pengadil (dengan bimbingan guru
Intervensi pembimbing).
Catatan :
Bagi MBK kurang upaya penglihatan dan MBK kurang upaya pendengaran aktiviti
yang dijalankan adalah mengikut kesesuaian dan keupayaan individu serta bimbingan
daripada guru pembimbing.
Modul : Modul 11
Minggu 11 : Minggu 11
Aktiviti : Permainan Ringkas
- Antara Rumah Sukan
Objektif : Membina keyakinan diri dan semangat berpasukan
MBK.
Bahan : Gelanggang, bola, bib, wisel, papan putih (catatan
jaringan)
167

