Page 122 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 122

115






               (B)  ASPEK PERKHIDMATAN ASRAMA
                     1.    Bertanggungjawab dalam pengendalian dan rekod kunci. Memberi dan menerima
                           kunci daripada penghuni asrama dan menyimpan di tempat yang disediakan.
                     2.    Memantau anggota bawahan dalam aspek pengendalian kunci.

                     3.    Memastikan penghuni asrama mematuhi peraturan asrama.
                     4.    Menyedia dan mengemaskinikan peraturan asrama dari semasa ke semasa.
                     5.    Bertanggungjawab dalam merancang dan memantau penyediaan bilik asrama dan
                           kelengkapan asrama.
                     6.    Menyelaraskan penggunaan bilik asrama supaya digunakan secara optimum.
                     7.    Mengurus  penggunaan  kemudahan  penginapan,  makan/minum  dan  prasarana
                           asrama oleh pihak luar.

               (C)  ASPEK PENYELENGGARAAN FASILITI DAN ASET

                     1.    Memeriksa peralatan dan mengenal pasti keperluan kelengkapan asrama.
                     2.    Menyediakan laporan anggaran keperluan kelengkapan asrama.
                     3.    Memastikan asrama dan persekitaran berada dalam keadaan bersih dan selesa.
                     4.    Memantau  dan  memeriksa  proses  kerja  pembersihan  di  asrama  oleh  syarikat
                           konsesi.
                     5.    Memastikan  pemeriksaan  harian  mengikut  skop  yang  telah  ditetapkan  serta
                           menerima aduan kerosakan, memeriksa dan membuat laporan kerosakan peralatan

                           dan kelengkapan asrama kepada pihak konsesi.
                     6.    Menghantar  Laporan  Kebersihan  Bangunan  dan  Kawasan  Asrama  kepada  pihak
                           pentadbiran sekolah.

               (C)  ASPEK KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN
                     1.    Menyelia dan menyediakan kemudahan di bilik rawatan serta memastikan kesihatan
                           penghuni asrama sentiasa baik dan melaporkan kepada warden asrama jika terdapat
                           kes-kes yang berbahaya.
                     2.    Melaksanakan pengurusan berkaitan aspek kesihatan penghuni asrama seperti:

                           a.   pengurusan bilik rawatan;
                           b.   pengurusan  keperluan  pergerakan  penghuni  asrama  ke  klinik/hospital
                                (penghuni  asrama  akan  diiringi  oleh  warden/guru  bertugas  harian  ke  klinik/
                                hospital untuk mendapatkan rawatan).
                           c.   memberi bantuan kecemasan awal kepada penghuni asrama.
                           d.   menyediakan dan mengemaskinikan rekod kesihatan penghuni asrama.
                           e.   mengurus kebersihan dan keselamatan bilik rawatan.

                           f.   memastikan  keperluan  alat  bantuan  keselamatan  dan  kemudahan  di  bilik
                                rawatan mencukupi.
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127