Page 149 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 149

142






                     6.    Memastikan  penggunaan  dewan  sebagai  tempat  peperiksaan  bagi  sekolah  yang
                           mempunyai dewan.
                     7.    Menyediakan  dewan/bilik  peperiksaan  yang  sesuai,  selesa  dan  selamat  bagi
                           kegunaan petugas peperiksaan dan calon iaitu:

                           a.   tidak  bocor,  tidak  terkena  tempias  ketika  hujan,  tidak  terkena  pancaran
                                matahari dan perkara lain yang boleh mengganggu calon.
                           b.   gambar,  tulisan,  carta  atau  gambar  rajah  yang  boleh  membantu  calon
                                dialih/ditutup.
                           c.   kerusi dan meja sesuai dengan keadaan calon.
                           d.   jarak  antara  keempat-empat  sisi  meja  dengan  meja  lain  atau  dinding  tidak
                                kurang dari 0.5 meter dan jarak antara pusat meja tidak kurang dari 1.25 hingga
                                1.50 meter.
                           e.   Papan  tanda  “KAWASAN  LARANGAN”  dan  “PEPERIKSAAN  SEDANG

                                DIJALANKAN” diletakkan di bahagian luar dewan/bilik peperiksaan.
                           f.   Jadual  Waktu  Peperiksaan  ditampal  pada  setiap  pintu  masuk  dewan/bilik
                                peperiksaan.
                           g.   melengkapkan dengan peralatan berikut:-
                                •  jam dinding yang mencukupi, berfungsi dan sesuai
                                •  kipas dan lampu yang mencukupi, berfungsi dan sesuai
                                •  almari  besi  berpalang  yang  boleh  dikunci  dan  diletakkan  di  dewan/bilik

                                   peperiksaan utama
                                •  papan tulis yang sesuai
                                •  peti pertolongan cemas
                                •  alat pembesar suara yang sesuai dan berfungsi dengan baiknya
                     8.    Menyediakan  tiga  (3)  salinan  pelan  tempat  duduk  calon  setelah  kerusi  dan  meja
                           disusun dalam dewan/bilik peperiksaan:
                           a.   Salinan pertama - dipamerkan di pintu masuk dewan atau bilik peperiksaan
                                berkenaan.
                           b.   Salinan  kedua      -  diserahkan  kepada  Ketua  Pengawas  semasa  lawatan  ke

                                pusat peperiksaan.
                           c.   Salinan ketiga   - diserahkan kepada KPPK/ KPP SPP JPN Jabatan Pendidikan
                                Negeri.
                     9.    Menerima  bahan  peperiksaan  daripada  PK,  mengambil  tindakan  berpandukan
                           arahan LP dan menyerahkan bahan peperiksaan berkenaan kepada KPP.
                     10.  Memastikan tiada gangguan yang boleh menjejaskan penumpuan calon.
                     11.  Memastikan  kedudukan  tandas/bilik  air  bagi  lelaki  dan  perempuan  berhampiran

                           dengan  dewan/bilik  peperiksaan  serta  menampal  label  KHAS  UNTUK  CALON
                           PEPERIKSAAN di bahagian luar tandas.
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154