Page 150 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 150

143






                     12.  Memastikan  pejabat  sekolah  mula  beroperasi  sekurang  kurangnya  setengah  jam
                           sebelum peperiksaan dimulakan sepanjang peperiksaan berlangsung.
                     13.  Memastikan  mesin  fotostat  dan  telefon  pejabat  sekolah    berfungsi  dan  boleh
                           digunakan oleh petugas peperiksaan.

                     14.  Memastikan kantin sekolah beroperasi pada setiap hari peperiksaan.
                     15.  Menyediakan bilik khas, kemudahan dan/atau peralatan bagi  Calon Berkeperluan
                           Khas (CBK) berdasarkan permohonan calon yang telah diluluskan.
                     16.  Memastikan almari berkunci dan berpalang berada di dewan/bilik peperiksaan utama
                           sepanjang masa peperiksaan.
                     17.  Memastikan  pengawal  keselamatan  sekolah  membuat  rondaan  kawalan
                           keselamatan  di  luar  kawasan  larangan  dewan/bilik  peperiksaan  dan  mengawal
                           pergerakan  keluar  masuk  pelawat  ke  kawasan  sekolah  sepanjang  tempoh
                           peperiksaan.

                     18.  Memastikan pengawal keselamatan membuat rondaan kawalan keselamatan di luar
                           kawasan bilik kebal sekiranya bilik kebal berada di dalam kawasan sekolah.
                     19.  Memaklumkan segera kepada Penyelia Kawasan atau KPPK/ KPP SPP JPN jika ada
                           calon yang dimasukkan ke hospital/pusat tahanan/pusat pemulihan/penjara.
                     20.  Memastikan tidak ada apa-apa maklumat berkaitan perjalanan peperiksaan diberikan
                           kepada pihak awam dan media.
                     21.  Memastikan  keperluan  tempat  tinggal,  makan  dan  minum  calon-calon  yang  tidak

                           dapat pulang kerana dikuarantin/perintah berkurung/bencana alam diuruskan oleh
                           guru bertugas.
                     22.  Melantik guru bertugas sepanjang peperiksaan berlangsung dan memastikan guru
                           tersebut melaksanakan tanggungjawab berikut:
                           a.   mengawal disiplin calon sewaktu di luar dewan/bilik peperiksaan.
                           b.   menjadi  saksi  semasa  karung  keselamatan  mengandungi  sampul  kertas
                                peperiksaan dibuka di dewan/bilik peperiksaan utama.
                           c.   menjadi  saksi  dengan  menurunkan  tandatangan  dan  menulis  nombor  Kad
                                Pengenalan bagi mengesahkan sampul pembungkus kertas peperiksaan yang

                                dibuka di dewan/bilik peperiksaan utama tidak diceroboh.
                           d.   mengurus  surat  perakuan  pengenalan  diri  calon  bagi  calon  yang  tidak
                                membawa kad pengenalan/sijil kelahiran/dokumen pengenalan diri.  Perakuan
                                hanya boleh dilakukan oleh PGB atau GPK sahaja.
                           e.   membantu Ketua Pengawas Peperiksaan (KPP) mengurus calon-calon yang
                                jatuh sakit pada waktu peperiksaan dijalankan.
                           f.   mengurus keperluan tempat tinggal, makan dan minum calon-calon yang tidak

                                dapat pulang kerana dikuarantin/perintah berkurung/bencana alam.
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155