Page 191 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 191

184






                           b.   Mengurus  semua  aset  Kerajaan  di  bawah  kawalannya  dengan  pematuhan
                                kepada  prosedur  serta  menggunakan  borang/format/dokumen  yang  telah
                                ditetapkan merangkumi:


                                •     Penerimaan - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.2
                                      Pegawai Penerima bertanggungjawab untuk menerima dan memeriksa
                                      Aset Alih yang diterima menepati spesifikasi dan kuantiti yang ditetapkan.

                                •     Pendaftaran - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.3
                                      Pegawai  Aset/Pembantu  Pegawai  Aset  hendaklah  mendaftarkan  aset
                                      alih yang diterima melalui pembelian dengan wang kerajaan, yang disewa
                                      beli dengan wang kerajaan, yang diterima melalui hadiah, -cpindahan dan
                                      melalui proses perundangan atau perjanjian dalam tempoh dua minggu

                                      dari tarikh pengesahan penerimaan. Aset alih perlu diberi penempatan
                                      serta pegawai yang bertanggungjawab menjaga aset di lokasi (Pegawai
                                      Penempatan). Sebagai contoh seorang guru bahasa inggeris diletakkan
                                      sebagai Pegawai Penempatan bagi penyaman udara yang berada di bilik
                                      panitia Bahasa Inggeris.

                                •     Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan – Pekeliling

                                      Perbendaharaan Malaysia AM 2.4
                                      Semua  aset  alih  hendaklah  digunakan  bagi  tujuan  rasmi  sahaja  dan
                                      dikendalikan  dengan  cekap  dan  teratur  bagi  tujuan  mengurangkan
                                      pembaziran,  menjimatkan  kos,  mencegah  penyalahgunaan  dan
                                      mengelakkan kehilangan. Pergerakan aset hendaklah direkodkan.
                                      Setiap aset alih hendaklah diperiksa oleh pemeriksa aset alih sekurang-
                                      kurangnya satu (1) kali setiap tahun. PGB hendaklah mengambil tindakan
                                      terhadap hasil penemuan pemeriksaan dan  aset alih yang tidak dapat
                                      dikesan semasa pemeriksaan hendaklah diambil tindakan hapus kira.


                                •     Penyelenggaraan - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.5
                                      Penyelenggaraan  aset  alih  penting  untuk  memastikan  aset  berfungsi
                                      dengan  lancarnya  secara  berterusan,  memelihara  dan  memanjangkan
                                      jangka hayat aset dan selamat digunakan.

                                •     Pindahan - Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 2.6

                                      Pindahan hak milik aset alih antara Pusat Tanggungjawab (PTJ) agensi
                                      Kerajaan Persekutuan boleh dilaksanakan sekiranya ada keperluan.
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196