Page 189 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 189

182






                          c.    Mengemukakan Sijil Perakuan Panjar dan dokumen sokongan dikemukakan
                                untuk diaudit.
                          d.    Melaksanakan  pemeriksaan  mengejut  sekurang-kurangnya  enam  (6)  bulan
                                sekali.

                     5.    Memastikan  kumpulan  wang  amanah/akaun  amanah/akaun  deposit  diuruskan
                           mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan seperti berikut:
                          a.    Menyediakan  penyata  kewangan  bagi  Kumpulan  Wang  Amanah,  Penyata
                                Terimaan dan bayaran bagi Akaun Amanah dan dikemukakan untuk diaudit.
                          b.    Menyediakan  Sijil  Pengesanan  Baki  bagi  Kumpulan  Wang  Amanah,  Akaun
                                Amanah  berdasarkan  rekod  Pegawai  Pengawal  dengan  baki  JANM  setiap
                                bulan.
                          c.    Mengemaskinikan senarai baki individu bagi Akaun Deposit.
                          d.    Mengambil tindakan yang sesuai terhadap akaun-akaun yang tidak aktif.

                     6.    Memastikan  Pendahuluan  Diri  dan  Pendahuluan  Pelbagai  diuruskan  mengikut
                           Arahan  Perbendaharaan,  pekeliling  dan  peraturan-peraturan  yang  berkuatkuasa
                           termasuk:
                           a.   Mengemaskinikan Daftar Pendahuluan Diri dan Daftar Pendahuluan Pelbagai.
                           b.   Menyenaraikan  nama  pegawai  yang  masih  belum  membayar  balik
                                pendahuluan.
                           c.   Melaksanakan tindakan mengutip balik atau potongan gaji.


               (C)  PENGURUSAN PEROLEHAN
                     1.    Meneliti  perancangan  tahunan  dan  perancangan  awal  perolehan  sekolah  serta
                           menyemak prestasi perolehan yang telah dilaksanakan berdasarkan perancangan
                           tersebut.
                     2.    Memastikan semua urusan berkaitan perolehan kerajaan berdasarkan amalan tadbir
                           urus baik (good governance practises) dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan
                           kerajaan dan semua dasar semasa kerajaan.
                     3.    Memastikan peraturan perolehan kerajaan yang berkuatkuasa dipatuhi sepenuhnya,

                           termasuk perolehan bagi item Kontrak Pusat dan Kontrak Sistem Panel.
                     4.    Memastikan  syarikat/kontraktor  yang  mengambil  bahagian  dalam  perolehan
                           kerajaan  berdaftar  dengan  Kementerian  Kewangan  bagi  perolehan  bekalan  dan
                           perkhidmatan serta berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga
                           Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/ CIDB) bagi perolehan kerja.
                     5.    Memastikan penilaian teknikal dan kewangan yang dibuat atas  sebut harga  yang
                           terbaik dan paling menguntungkan (best value for money) kepada kerajaan serta

                           dilaksanakan secara telus.
   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194