Page 212 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 212

205






                                e.    Memastikan item menggunakan laras bahasa yang sesuai.
                                f.    Memastikan masa yang diperuntukkan mencukupi.
                                g.    Memastikan     kebolehtadbiran   dan    kebolehlaksanaan     instrumen
                                      pentaksiran.

                                h.    Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.

                           4.   JK PENYELARASAN
                                a.    Menyelaraskan  pengetahuan  dan  kefahaman  guru  terhadap  panduan
                                      penskoran.
                                b.    Memastikan  guru  memeriksa  hasil  kerja  murid  berdasarkan  panduan
                                      penskoran.
                                c.    Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan sebenar murid.
                                d.    Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor.

                                e.    Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid.

                     (B)   PENTADBIRAN PENTAKSIRAN PUSAT
                           1.   JK  hendaklah  memastikan  infrastruktur  dan  kelengkapan  fizikal  bagi
                                pelaksanaan  mata  pelajaran  dengan  komponen  pentaksiran  pusat  telah
                                dilengkapkan sebelum menawarkan mata pelajaran berkenaan.
                           2.   Pihak  sekolah  hendaklah  mengendalikan  pentaksiran  pusat  bagi  calon

                                sekolah.
                           3.   Calon yang memerlukan pengecualian pentaksiran pusat hendaklah memohon
                                kepada  pihak  sekolah  pada  tahun  peperiksaan  dengan  mengemukakan
                                dokumen sokongan seperti laporan perubatan tahun semasa atau kad OKU.
                           4.   Pihak  sekolah  hendaklah  mengemukakan  permohonan  pengecualian
                                pentaksiran pusat kepada Pengarah Pendidikan, JPN.
                           5.   Pihak  sekolah  dan  JPN  hendaklah  menghantar  skor  Pentaksiran  Pusat  ke
                                Lembaga  Peperiksaan  (LP)  mengikut  tarikh  yang  telah  ditetapkan.  Skor
                                Pentaksiran Pusat yang dihantar selepas keputusan peperiksaan diumumkan

                                tidak akan diproses.
                           6.   Permohonan Pembetulan Maklumat Calon (PMC)  bagi skor Pentaksiran Pusat
                                yang telah dihantar ke LP dikenakan bayaran mengikut kadar yang sedang
                                berkuat kuasa.
                           7.   Tempoh  penyimpanan  dokumen  skor  dan  bahan  bukti  ialah  enam  bulan
                                selepas tarikh pengumuman keputusan peperiksaan. Dalam tempoh tersebut,
                                calon  boleh  mendapatkan  bahan  bukti  daripada  pihak  sekolah  untuk tujuan

                                rasmi dan mengembalikannya setelah selesai digunakan.
   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217