Page 88 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 88

81






                     6.    Menjadi pakar rujuk dalam pembangunan bahan PdP berasaskan ICT dan memberi
                           khidmat kepakaran dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi yang bersesuaian
                           untuk proses PdP bagi mata pelajaran tertentu.
                     7.    Mengurus  dan  melestarikan  kolaborasi  di  antara  murid  dan  guru  dalam  program

                           pengantarabangsaan sekolah melibatkan PdP.

                     (B2)  MURID
                     1.    Merancang dan menyediakan program yang sesuai bagi menggalakkan murid untuk
                           membaca,  melihat,  mendengar  dan  bertindak  balas  dalam  persekitaran
                           pembelajaran yang menyeronokkan melalui ICT.
                     2.    Merancang, memantau dan melaksanakan program bagi mendidik dan membimbing
                           murid  mengenai  integriti,  etika  penggunaan,  isu-isu  sosial  dan  keselamatan  data
                           dalam penggunaan ICT di sekolah.

                     3.    Merancang,  memantau  dan  melaksanakan  program  bagi  melatih  kemahiran  ICT
                           tambahan kepada murid Briged Bestari secara berterusan.
                     4.    Merancang,  memantau  dan  melaksanakan  program  bagi  memupuk  kemahiran
                           pembelajaran abad ke21 supaya murid dapat membina kemahiran, ilmu dan sahsiah
                           yang  positif  ke  arah  penggunaan  teknologi  dalam  pembelajaran  sepanjang  hayat
                           agar mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
                     5.    Merancang,  memantau dan  melaksanakan  program  bagi memupuk  pembelajaran

                           secara kadar kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri menggunakan ICT sebagai
                           pengupaya supaya murid bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri.
                     6.    Merancang,  memantau  dan  melaksanakan  program  bagi  membimbing  murid
                           mengakses maklumat melalui pembelajaran ubiquitous (belajar di mana-mana dan
                           pada  bila-bila  masa)  bagi  tujuan  melatih  untuk  mengumpul,  memproses  dan
                           menghasilkan laporan terhadap maklumat tersebut.
                     7.    Merancang,  memantau  dan  melaksanakan  program  bagi  membimbing  murid
                           berkolaborasi bersama guru, rakan sekolah ataupun di luar negara menggunakan
                           teknologi komunikasi dan media.

                     8.    Merancang,  memantau  dan  melaksanakan  program  membimbing  murid
                           menggunakan sumber teknologi yang sedia ada di sekolah untuk tujuan merancang
                           strategi penyelesaian masalah dalam pembelajaran mereka.
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93