Page 89 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 89

82






               (C)  PENGURUSAN PENARAFAN SEKOLAH MELALUI SMART SCHOOL QUALIFICATION
                     STANDARDS (SSQS)
                     1.    Mengurus, menyelaraskan dan melaksanakan penarafan SSQS di sekolah.
                     2.    Menyediakan laporan keputusan pencapaian SSQS di sekolah kepada pihak yang

                           berkenaan.
                     3.    Merancang,  mengurus  dan  melaksanakan  program  peningkatan  budaya  ICT  di
                           sekolah berdasarkan pencapaian keputusan SSQS semasa.



                                    HR09 | Guru Perpustakaan dan Media

                           RUJUKAN
                      i   Surat Pekeliling Ikhtisas  KPM Bilangan 3/2005: Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyelaras
                          Bestari serta Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah).
                      ii   Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM 2017: Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Untuk
                          Guru Perpustakaan dan Media (GPM).


                             TUGAS UTAMA (UMUM)

               1.    Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan antara lapan (8) hingga sebelas (11)

                     waktu seminggu bagi jadual 30 minit satu (1) waktu.
               2.    Memahami,  menghayati    dan  mengamalkan  kehendak  sukatan  pelajaran  dan

                     melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
               3.    Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid.
               4.    Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum.
               5.    PGB boleh melantik Guru Perpustakaan dan Media memegang portfolio tanpa jawatan dan
                     menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa sekiranya ada keperluan.
               6.    Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan dan keselamatan murid
                     apabila  ada  aktiviti  di  luar  sekolah  seperti  di  masjid,  kompleks  sukan,  tempat-tempat
                     lawatan dan sebagainya.

               7.    Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa.

                            TUGAS UTAMA (KHUSUS)            adalah seperti berikut:






               1.    Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah (PSS)
                     bersama-sama PGB, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan murid sekolah.
               2.    Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama AJK Kurikulum Sekolah.
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94