Page 92 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 92

85






                                             HR11 | Guru Prasekolah

                            RUJUKAN

                        i.  Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, 2018: Buku Garis Panduan Pengurusan Prasekolah.


                             TUGAS UTAMA (UMUM)

               1.    Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang ditetapkan antara 1,080 minit
                     hingga 1,200 minit seminggu.
               2.    Memahami,  menghayati  dan  mengamalkan  kehendak  sukatan  pelajaran  serta
                     melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
               3.    Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid.
               4.    Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum.
               5.    Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan dan keselamatan murid

                     apabila  ada  aktiviti  di  luar  sekolah  seperti  di  masjid,  kompleks  sukan,  tempat-tempat
                     lawatan dan sebagainya.
               6.    Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa.


                            TUGAS UTAMA (KHUSUS)
                                                            adalah seperti berikut:


               (A)  PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
                     1.    Merancang, mengurus, merekod dan melaporkan penilaian dan pentaksiran murid
                           berdasarkan pekeliling kurikulum terkini yang sedang berkuat kuasa.
                     2.    Merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
                     3.    Menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi merangsang
                           bimbingan dan asuhan.
                     4.    Mewujudkan  dan  merangsang  naluri  ingin  tahu,  minat  untuk  meneroka  dan
                           menjelajah dalam kalangan murid prasekolah.

                     5.    Merangsang dan meningkatkan motivasi murid prasekolah supaya bersedia untuk
                           belajar.
                     6.    Memilih  dan  menyediakan  bahan  bantu  mengajar  serta  peralatan  yang  sesuai
                           dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid prasekolah.
                     7.    Mendampingi  murid  semasa  menjalankan  aktiviti  harian  di  prasekolah  supaya
                           mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
                     8.    Melaksanakan aktiviti kokurikulum.

                     9.    Menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97