Page 91 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 91

84






               2.    Memahami,  menghayati    dan  mengamalkan  kehendak  sukatan  pelajaran  serta
                     melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
               3.    Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid.
               4.    Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum.

               5.    PGB  boleh  melantik  Guru  Data  memegang  portfolio  tanpa  jawatan  dan  menganggotai
                     jawatankuasa-jawatankuasa sekiranya ada keperluan.
               6.    Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengawas kelakuan dan keselamatan murid
                     apabila  ada  aktiviti  di  luar  sekolah  seperti  di  masjid,  kompleks  sukan,  tempat-tempat
                     lawatan dan sebagainya.
               7.    Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa.






                            TUGAS UTAMA (KHUSUS)            adalah seperti berikut:

               1.    Guru  Data  bertanggungjawab  membantu  pihak  pengurusan  sekolah  dalam  aspek
                     pengurusan data pada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.
               2.    Guru Data dikehendaki memperuntukkan tujuh (7) jam seminggu untuk tugas pengurusan
                     data sekolah.
               3.    Menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JKPMS)
               4.    Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang diarahkan
                     oleh  Bahagian  KPM,  JPN,  PPD  dan  sekolah  selaras  dengan  pelaksanaan  Prosedur

                     Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
               5.    Melaksanakan  pengumpulan,  pemprosesan,  penyimpanan,  pengeluaran,  pelaporan,
                     pembekalan  dan  penyebaran  data  dan  maklumat  Modul  Pengurusan  Sekolah  (MPS),
                     mengikuti  kaedah  dan  jadual  yang  ditetapkan  yang  berkaitan  dengan  profil  sekolah
                     termasuk fizikal dan maklumat am sekolah.
               6.    Membantu pengurusan data aplikasi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Online.
               7.    Membantu pihak pengurusan sekolah menganalisis data dan maklumat peringkat sekolah
                     bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
               8.    Memberi  khidmat  nasihat  kepada  guru  berkenaan  pengurusan  data  dan  maklumat

                     peringkat sekolah.
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96