Page 93 - MySG Sekolah Rendah KPM
P. 93

86






               (B)  HAL EHWAL MURID
                     1.    Menyambut kedatangan murid dengan mesranya.
                     2.    Memastikan murid berada dalam keadaan sihat dan bersih
                     3.    Mendaftar kehadiran murid prasekolah setiap hari.

                     4.    Memastikan pergerakan keluar masuk murid semasa sesi persekolahan direkodkan.
                     5.    Memastikan murid pulang dalam keadaan selamat.
                     6.    Memastikan keselamatan murid sentiasa terjamin.

               (C)   PENGURUSAN PENTADBIRAN KELAS PRASEKOLAH
                     1.    Membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
                     2.    Memastikan PPM mengurus surat-menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.
                     3.    Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
                     4.    Mengurus permohonan kemasukan dan pendaftaran murid prasekolah.

                     5.    Mengemaskinikan  data  dan  maklumat  dalam  Sistem  Maklumat  Prasekolah
                           Kebangsaan (SMPK).
                     6.    Melaksanakan  penarafan  kendiri  menggunakan  instrumen  Standard  Kualiti
                           Prasekolah Kebangsaan (SKPK).
                     7.    Melaksanakan pentaksiran murid secara berterusan.
                     8.    Bekerjasama dengan agensi lain atau pihak luar berkaitan prasekolah.
                     9.    Membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid-murid

                           yang bermasalah sekiranya perlu.
                     10.  Melaksanakan pengurusan kewangan prasekolah.
                     11.  Melaksanakan pengurusan fail secara sistematik.
                     12.  Bersama-sama murid dalam perhimpunan rasmi sekolah.
                     13.  Menyediakan dokumentasi lengkap bagi setiap program yang dijalankan.
                     14.  Membantu mengurus Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK).
                     15.  Menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI).
                     16.  Membantu  pentadbir  memastikan  PPM  melaksanakan  tugas  mengikut  Pekeliling
                           Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2003.


               (D)  PENGURUSAN PENYEDIAAN MAKANAN
                     1.    Memastikan penyediaan makanan oleh PPM mengikut menu yang ditetapkan.
                     2.    Memastikan  bahan  keperluan  untuk  penyediaan  makanan  dibekalkan  ke  kelas
                           prasekolah mengikut pesanan yang diluluskan.
                     3.    Memastikan  perkakasan  dan  ruang  yang  digunakan  untuk  penyediaan  makanan
                           sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan.

                     4.    Melaksanakan  tugas  lain  yang  diarahkan  oleh  PGB/pentadbir  dari  semasa  ke
                           semasa.
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98