Page 34 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 34

murid, papan hitam dipadamkan, bakul sampah dikosongkan dan kelas ditinggalkan
                        dalam keadaan kemas dan bersih. Jika waktu terakhir murid-murid meninggalkan
                        kelas untuk ke bilik-bilik khas, guru waktu kedua terakhir akan bertanggung jawab.
                  21.5  Guru-guru yang mengajar waktu pertama, sama ada sesi pagi atau petang, yang
                        mendapati kelas mereka tidak bersih/dalam keadaan kotor hendaklah memastikan
                        kelas dalam keadaan bersih dan kondusif.

             22.  KESELAMATAN SEKOLAH

                  22.1  Pelawat yang ingin berjumpa dengan guru atau murid-murid mestilah terlebih dahulu
                        mendapatkan kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan atau Penolong Kanan HEM
                        atau Penolong Kanan Petang, dan menandatangani buku yang disediakan di pejabat.
                  22.2  Pelawat-pelawat, terutamanya wakil penerbitan atau insuran serta juru jual tidak
                        dibenarkan masuk ke Bilik Guru tanpa kebenaran Pengetua. Pas pelawat akan
                        diberikan kepada pelawat-pelawat yang akan berjumpa guru. Guru-guru hendaklah
                        memastikan hal ini sebelum melayan/menerima sebarang pelawat.
                  22.3  Murid-murid tidak boleh ditemuramah/ditemubual melainkan dengan kebenaran
                        Pengetua. Pengetua atau wakil perlu hadir bersama.
                  22.4  Jika terdapat orang-orang yang disyaki atau orang-orang yang tidak berhak berada
                        dalam kawasan sekolah, perkara ini hendaklah dimaklumkan kepada pihak polis
                        dengan segera.
                  22.5  Sebelum meninggalkan sekolah setiap hari, guru-guru hendaklah memastikan bahawa
                        semua tingkap, suis lampu dan suis kipas/alat  pendingin udara ditutup  atau  pintu
                        dikunci.
                  22.6  Murid-murid yang sakit dibenarkan balik hanya jika dijemput oleh ibu bapa/penjaga
                        dan perlu mengisi  butir-butir  yang  diperlukan  dalam  borang  yang  disediakan  di
                        pejabat sekolah.
                  22.7  Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa ditemani oleh guru

                        semasa     waktu persekolahan. Jika murid sakit, ibu bapa/penjaga tidak dapat dihubungi,
                        guru  bertugas  pada hari itu bertanggungjawab menghantar murid yang sakit ke
                        hospital atau ke rumah.
                  22.8  Murid-murid tidak dibenarkan merayau-rayau di kawasan sekolah tanpa tujuan.
                  22.9  Sebarang kegiatan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tertentu
                        oleh     organisasi    atau    individu    luar    sama      ada    dengan      cara
                        tinjauan/pemerhatian/siasatan/temuduga/kajian/penyelidikan ataupun  membuat
                        perhubungan  dengan pihak sekolah  tidak dibenarkan  kecuali dengan kebenaran
                        daripada JPN dan Pengetua atau wakilnya. Maksud organisasi individu luar di sini ialah
                        organisasi atau individu bukan kerajaan yang tidak mempunyai kuasa atau yang tidak
                        diberi kuasa mengikut  mana-mana peraturan  Kementerian atau Jabatan  Pelajaran
                        ataupun undang-undang negara bagi maksud yang tersebut di atas.
                  22.10 SOP Covid -19 ; Ibu bapa / penjaga hendaklah  memastikan anak-anak yang hadir ke sekolah
                        tidak  bergejala,  tiada kontak rapat dengan  pesakit  Covid-19  dan  bukan  dalam  tempoh
                        kuarantin atau sedang menunggu keputusan ujian Covid-19. Semua murid perlu mematuhi
                        Prosedur Operasi Standard (SOP).







                                 PENGURUSAN SERI INDAH  2022/23  "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE"        34
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39