Page 38 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 38
33. PERMOHONAN PEKERJAAN LUAR SEBAGAI PENSYARAH/TUTOR SAMBILAN
DI UNIVERSITI/PUSAT PENGAJIAN TINGGI/GURU TUISYEN
33.1 Guru-guru yang ditawarkan sebagai pensyarah atau tutor sambilan di Universiti atau
Pusat Pengajian Tinggi perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan
Pendidikan Negeri.
33.2 Permohonan untuk menjadi pensyarah atau tutor sambilan ini hendaklah dibuat
melalui Pengetua.
33.3 Kerja-kerja luar ini jika diluluskan tidak boleh mengganggu tugas-tugas sekolah
sehingga mengakibatkan kecekapan sebagai guru merosot.
34. SURAT RASMI
34.1 Surat yang diterima oleh pihak sekolah akan diedarkan kepada guru untuk diambil
tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan seperti yang dikehendaki
dalam surat berkenaan.
34.2 Jika tarikh diberi untuk menghantar maklumat yang dikehendaki, guru-guru hendaklah
memastikan maklumat ini diserahkan kepada pejabat sekolah sekurang-kurangnya 2
hari sebelum tarikh tersebut untuk disemak oleh Pengetua.
34.3 Jika surat ini dialamatkan kepada guru berkenaan “Melalui dan Salinan” kepada
Pengetua, surat itu boleh disimpan oleh guru berkenaan setelah tindakan diambil.
Jangan lupa turunkan tandatangan dalam buku surat sebagai bukti penerimaan.
34.4 Jika surat ini dialamatkan kepada Pengetua tetapi diedarkan kepada guru untuk
tindakan, maka guru berkenaan hendaklah:
i. Menandatangani Buku Surat sebagai bukti penerimaan salinan surat tersebut,
Salinan asal disimpan dalam fail di pejabat sekolah.
ii. Mengambil tindakan seperti yang dikehendaki.
iii. Menyerahkan maklumat yang dikehendaki kepada pejabat sekolah sekurang-
kurangnya 2 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk semakan Pengetua. Satu
salinan maklumat ini serta salinan surat lampiran akan disimpan dalam fail di
pejabat sekolah bersama surat asal yang diterima.
iv. Maklumkan kepada Penolong Kanan atau Penolong Kanan HEM tentang
tindakan yang diambil.
v. Menyimpan salinan surat yang diterima dan maklumat berkenaan dalam fail
panitia atau fail kokurikulum yang ada dalam simpanan guru berkenaan.
35. PENERIMAAN BARANGAN BELIAN ONLINE
35.1 Guru dan AKP tidak dibenarkan menggunakan alamat sekolah untuk tujuan tersebut.
35.2 Dalam keadaan terdesak, guru dan AKP hendaklah menerima barangan itu sendiri
daripada agen penghantaran.
35.3 Pegawai keselamatan sekolah tidak boleh menerima dan menyimpan barangan yang
dihantar bagi pihak guru dan AKP.
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 38

