Page 127 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 127
Jawapan
Soalan
Rajah 1: Segi tiga sama sisi yang telah dicantumkan
Bagi memastikan pelaksanaan kajian berjalan lancar, pengkaji telah melaksanakan
langkah-langkah berikut:
Langkah 1:.Sebelas orang pelajar yang terpilih telah dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil.
Kumpulan pertama dan kedua terdiri daripada 4 orang pelajar dan kumpulan ketiga
mengandungi 3 orang pelajar. Kemudian pengkaji menerangkan perjalanan dan peraturan
permainan Formulator Tarsia kepada pelajar.
Langkah 2: Setiap kumpulan diagihkan 1 set puzzle (16 kepingan soalan dan jawapan dalam
bentuk segi tiga sama sisi) dan setiap pelajar akan menerima lembaran kerja yang mengandungi
18 soalan. Setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan soalan di dalam lembaran kerja
tersebut.
Langkah 3: Menerusi jawapan yang diperoleh, pelajar perlu membentuk segi tiga sama sisi
yang lebih besar iaitu dengan memadankan soalan dengan jawapan yang betul.
Langkah 4: Kumpulan yang membentuk segi tiga sama sisi yang lebih besar dalam masa yang
paling singkat dikira sebagai pemenang.
Ujian Pembezaan Fungsi Logaritma
Ujian Pembezaan Fungsi Logaritma telah diadakan dua hari selepas Formulator Tarsia
dilaksanakan. Kertas ujian mengandungi 18 soalan dan bentuk soalan ujian ini adalah setara
dengan soalan kuiz di peringkat tinjauan awal. Kertas ujian adalah seperti dalam Rajah 2.
118

