Page 160 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 160

Tahap Penguasaan Kemahiran Berkomunikasi Dan
                      Faktor Pembelajaran Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK)
                                               Murid Tahun 1 Dan 2

                                                1
                                                                                        3
                                 Ng Poi Ni, PhD   , Chong Mei Yen ,  Lim Yock Chong
                                                                    2
                                                    Lim Chai Hoong   4
                                                     Unit Bahasa Cina,
                                              Sektor Bahasa dan Kesusasteraan,
                                             Bahagian Pembangunan Kurikulum
                                                            2
                                       1 ngpoini@moe.gov.my,  chong.my@moe.gov.my
                                                               4
                                 3 limyockchong@moe.gov.my,  limchaihoong@moe.gov.my

                                                         Abstrak

               Pembelajaran Bahasa Cina sebagai bahasa kedua telah dimulakan di sekolah kebangsaan
               sejak  tahun  1950-an.  Namun,  kajian  yang  memberikan  fokus  dari  sudut  pembelajaran
               muridmasih jarang dilaksanakan. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap penguasaan
               murid BCSK Tahun 1 dan 2 dan faktor murid mempelajari mata pelajaran BCSK.  Dalam
               kajian ini,  pendekatan kuantitatif telah digunakan untuk meninjau tahap penguasaan murid
               berkomunikasi  dalam  bahasa  Cina  dan  faktor  murid  mempelajari  mata  pelajaran  BCSK.
               Seramai 195 orang murid dari Tahun 1 dan Tahun 2 di sekolah kebangsaan telah mengambil
               bahagian dalam kajian ini. Dapatan kajian  menunjukkan sebanyak 59.5% sampel kajian dapat
               menguasai tahap penguasaan yang memuaskan dalam kemahiran komunikasi berbahasa Cina
               dan  40.5% tidak berupaya mencapai tahap penguasaan yang memuaskan.  Terdapat 70%
               murid  memilih  untuk  mempelajari  mata  pelajaran  BCSK  tetapi  bukan  atas  hasrat  sendiri.
               Seramai 86.1%  murid kurang kesedaran tentang kepentingan mempelajari mata pelajaran
               BCSK. Dapatan kajian ini juga  berjaya menunjukkan bahawa kebanyakan murid (95.8%)
               memberikan  respons  yang  menggalakkan  terhadap  kelas  BCSK  yang  diikuti.  Kajian  ini
               mencadangkan  bahawa  pembelajaran  berasaskan  tugasan  untuk  mewujudkan  persekitaran
               penggunaan bahasa Cina perlu diberi penekanan dalam komunikasi harian murid.  Strategi
               pembelajaran yang melibatkan penglibatan ibu bapa dalam konteks rumah juga digalakkan.

               Kata  Kunci:  Bahasa  Cina  Sekolah  Kebangsaan  (BCSK),  Bahasa  kedua,  Bahasa  Cina,
               Kemahiran Berkomunikasi.

                                                    PENGENALAN

                      Bahasa Cina (BC) mula diajarkan di Sekolah Kebangsaan (SK) sebagai salah satu mata
               pelajaran  bahasa  kedua  mulai  tahun  1950-an.  Bahasa  Cina  Sekolah  Kebangsaan  (BCSK)
               kurikulum KSSR (Semakan 2017) merupakan kurikulum yang terbaharu untuk murid-murid
               sekolah kebangsaan mempelajari Bahasa Cina sebagai bahasa kedua. Kurikulum BCSK ini
               merangkumi kemahiran berkomunikasi, membaca dan menulis. Namun demikian, kemahiran
               yang utama dalam kurikulum BCSK ialah kemahiran berkomunikasi.
                       Penekanan  kemahiran  berkomunikasi  ini  sebenarnya  bertepatan  dengan  teori  yang
               dikemukakan  oleh  Cummins  (1992),  dalam  pembelajaran  bahasa  kedua  iaitu  Basic
               Interpersonal Comunicative Skills (BICS). Berdasarkan Cummins (1992),  pada fasa permulaan
               pembelajaran  bahasa  kedua,  kemahiran  berkomunikasi  perlu  diberikan  penekanan  terlebih
               dahulu dan diikuti dengan kemahiran membaca dan kemahiran menulis, terutamanya terhadap
               murid yang berusia muda (Cummins, 1999; Rolstad, 2017).  Kemahiran berkomunikasi amat
               penting dalam perkembangan bahasa seseorang murid, terutamanya dari aspek kefasihan dan


                                                           151
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165