Page 163 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 163
Bilangan murid mengikut bangsa dan Tahun
70
60
50
Bilangan murid 40
30
20
10
0
Melayu Cina India lain bangsa
Tahun 1 65 15 9 11
Tahun 2 62 9 6 18
Rajah 1. Bilangan Murid Mengikut Bangsa dan Tahun
Catatan: Lain bangsa: Serani, Lun Bawang, Kelabit, Kayan, Rungus, Dusun, Sungai
Batasan Kajian
Kajian ini terbatas kepada 20 buah sekolah kebangsaan dari seluruh Malaysia. Tinjauan
yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan BCSK Tahun 1 dan Tahun 2,
dan hanya kemahiran berbahasa Cina yang diuji untuk mengenal tahap penguasaan. Penetapan
tahap penguasaan murid adalah berdasarkan panduan yang disediakan dalam DSKP KSSR
(Semakan 2017) BCSK Tahun 1 dan Tahun 2.
PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Untuk menjawab soalan kajian pertama dan soalan kajian kedua, pengumpulan data
daripada pelbagai sumber telah digunakan. Antaranya, kaedah penilaian murid (Rohani, 2001)
digunakan untuk menjawab soalan kajian pertama. Manakala kaedah soal selidik digunakan
untuk meneroka faktor murid terhadap pembelajaran mata pelajaran BCSK.
Instrumen Kajian
Dua instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini iaitu:
a. Instrumen Penilaian Murid
b. Soal selidik
Kesahan kedua-dua instrumen yang digunakan dalam kajian ini telah dibuat dengan
merujuk kepada enam (6) orang pakar dalam bidang Bahasa Cina. Kajian rintis telah dijalankan
154

