Page 164 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 164
untuk memastikan instrumen yang digunakan adalah sesuai dan boleh diguna tadbir dalam
kajian ini.
ANALISIS DATA
Bagi menjawab soalan kajian yang berkaitan dengan tahap penguasaan murid
berkomunikasi dalam bahasa Cina, penilaian murid telah digunakan. Keterangan tentang Tahap
Penguasaan Kemahiran Berkomunikasi Bahasa Cina ditunjukkan seperti Lampiran 1.
Manakala untuk mengenal pasti faktor murid mempelajari mata pelajaran BCSK, soal selidik
telah digunakan. Prosedur penganalisisan data kajian ini melibatkan statistik deskriptif
(Creswell, 2008) , iaitu frekuensi dan peratus digunakan untuk menjawab persoalan kajian
pertama dan persoalan kajian yang kedua.
DAPATAN KAJIAN
Tahap Penguasaan Kemahiran Berkomunikasi Murid Dalam Bahasa Cina
Rajah 2 menunjukkan tahap penguasaan kemahiran berkomunikasi murid dalam bahasa
Cina berdasarkan bangsa. Dapatan kajian menunjukkan daripada 195 responden yang dinilai,
sebanyak 59.5% (Tahun 1=54, Tahun 2= 62) murid mencapai tahap penguasaan tiga (3) dan ke
atas. Secara khususnya, bilangan murid Tahun 1 dan Tahun 2 mengikut bangsa seperti yang
berikut: Tahun 1 (Melayu=30, Cina=13, India=6, Lain bangsa=5), Tahun 2 (Melayu=33,
Cina=8, India=7, Lain bangsa=14)). Hasil pemerhatian telah menunjukkan murid-murid ini
dapat menjawab dalam perkataan yang ringkas. Mereka memahami perkataan yang telah
dipelajari.
Bagaimanapun, masih terdapat 25.1% (Tahun 1=27, Tahun 2= 22) murid mencapai
Tahap Penguasaan 2 dan 15.4% (Tahun 1=17, Tahun 2= 13) lagi murid mencapai Tahap
Penguasaan 1. Secara khususnya, bilangan murid mengikut bangsa seperti yang berikut: Tahun
1 (Melayu=18, Cina=2, India=3, Lain bangsa=4) dan Tahun 2 (Melayu=16, Cina=2, India=0,
Lain bangsa=4)). Selain itu dapatan juga menunjukkan 15.4% murid Tahun 1 hanya mencapai
Tahap Penguasaan 1, iaitu kesemuanya 17 murid Melayu. Murid pada Tahap Penguasaan 1
masih menggunakan bahasa Melayu untuk menjawab soalan semasa penilaian. Mereka hanya
dapat menguasai kata tunggal dan boleh memberi jawapan dengan bimbingan guru. Manakala
hanya dua orang murid berupaya mencapai Tahap Penguasaan 6 dalam kemahiran
berkomunikasi Bahasa Cina. Murid tersebut merupakan murid Cina yang biasa bertutur bahasa
Cina di rumah.
155

