Page 162 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 162
TUJUAN KAJIAN
Mengenal pasti tahap penguasaan murid BCSK dalam aspek kebolehan untuk
berkomunikasi dalam bahasa Cina dan faktor murid mempelajari BCSK.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap penguasaan murid berkomunikasi dalam bahasa Cina selepas
mengikuti kelas BCSK.
2. Mengenal pasti faktor murid mempelajari BCSK.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap penguasaan murid berkomunikasi dalam bahasa Cina selepas mengikuti kelas
BCSK?
2. Apakah faktor murid mempelajari mata pelajaran BCSK?
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian ini mengaplikasikan kaedah kuantitatif (Creswell & Clark, 2011).
Kajian ini telah menggunakan kaedah pensampelan rawak (Cohen, Manion, & Morrison,
2011).
Sampel Kajian
Seramai 195 responden murid Tahun 1 dan Tahun 2 dari 20 buah sekolah kebangsaan
dari bandar dan luar bandar seluruh negara Malaysia terlibat. Sekolah-sekolah tersebut meliputi
lima (5) Zon utama, iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Sabah dan Labuan serta
Zon Sarawak. Lima (5) orang murid yang mengikuti kelas BCSK Tahun 1 dan kelas BCSK
Tahun 2 bagi setiap sekolah telah dipilih secara rawak untuk tujuan kajian ini. Semua sampel
kajian merupakan murid yang berumur 7+ tahun hingga 8+ tahun.
Rajah berikut menunjukkan bilangan murid yang mengikuti kelas BCSK di dalam
kajian. Berdasarkan Rajah 1, murid berbangsa Melayu merupakan golongan yang paling ramai
mengikuti kelas BCSK dalam kajian ini, iaitu seramai 127 orang (Tahun=65, Tahun 2=62),
diikuti dengan murid berbangsa lain-lain iaitu seramai 29 orang (Tahun 1=11, Tahun 2=18),
dan murid berbangsa Cina 24 orang (Tahun 1=15, Tahun 2=9) serta murid berbangsa India 15
orang (Tahun 1=9, Tahun 2=6).
153

