Page 166 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 166

Faktor-faktor Murid Memilih Mata Pelajaran BCSK
                                                Lain-lain
                                                  12%
                                                                        Minat dan tujuan
                                                                             30%







                                                                          Pengaruh kawan
                                                                              4%
                                         Dorongan Ibu
                                             bapa
                                             54%
                                 Minat dan tujuan  Pengaruh kawan  Dorongan Ibu bapa  Lain-lain


                                   Rajah 3:Faktor Murid Memilih Mata Pelajaran BCSK

                       Dapatan kajian  menunjukkan bahawa kebanyakan murid mengikuti kelas BCSK adalah
               disebabkan oleh faktor luaran, iaitu faktor dorongan ibu bapa (54%), faktor-faktor lain seperti
               pandangan terhadap buku teks, tawaran mata pelajaran BCSK (12%) serta pengaruh daripada
               kawan (4%). Faktor dalaman pula disebabkan oleh minat dan tujuan individu murid (30%).

               Faktor Dalaman
               Dalam bahagian ini, faktor tujuan dan minat murid mempelajari BCSK dibincangkan.

               Tujuan Murid Mempelajari BCSK

                      Berdasarkan  hasil  dapatan,  kebanyakan  murid  kurang  sedar  tentang  kepentingan
               mempelajari bahasa Cina. Dapatan menunjukkan sebanyak 86.1% murid mempelajari bahasa
               Cina  adalah  untuk  tujuan  jangka  masa  pendek  seperti  boleh  berkomunikasi  atau  bersalam
               dengan cikgu dan kawan berbangsa Cina (24.1%), boleh kenal karakter, membaca serta menulis
               (20.5%), boleh menonton wayang Cina serta menyanyi lagu Cina (11.3%), boleh jadi rajin dan
               pandai (5.6%), boleh berkomunikasi dengan ahli keluarga dan saudara mara (4.6%), boleh
               melancong ke negara yang berbahasa Cina ( 2.1%), boleh dapat hadiah (1.5%) dan juga sebab-
               sebab  yang  lain  seperti  sukakan  cikgu  Bahasa  Cina,  suka  berbahasa  Cina,  sebutan  sedap
               didengar dan rasa bangga (3%).
                       Sementara itu, hanya 15% orang murid belajar bahasa Cina untuk tujuan jangka masa
               panjang  yang  jelas  dan  berkaitan  dengan  kerjaya  dan  perancangan  pada  masa  hadapan.
               Antaranya  boleh  berkomunikasi  dengan  masyarakat  setempat  (sama  ada  doktor,  peniaga
               ataupun jiran) (5.2%), senang dapat kerja dan dapat bantu dalam pekerjaan (3.6%), boleh dapat
               ilmu (2.1%), boleh jadi cikgu Bahasa Cina (1.5%) dan boleh belajar di universiti ataupun luar
               negara (1.5%).












                                                           157
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171