Page 73 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 73

pengamalan  pembelajaran  dan  pembelajaran  STEM  yang  pada  waktu  ini  dilihat  sangat
               mencabar.

               Cabaran Peningkatan Minat murid dalam STEM dan Pencapaian Dasar 60:40

                       Kajian meta  analisis  Becker  & Park (2011)  menunjukkan pendekatan pembelajaran
               STEM secara bersepadu memberikan kesan yang positif terhadap murid, terutama motivasi.
               Dapatan ini seharusnya menyokong pendekatan STEM yang diperkenalkan KPM dalam KSSR
               dan KSSM mulai 2017. Mengikut kajian dari Akademi Sains Malaysia (2012) ke atas 165 orang
               guru  Sains  dalam  Bengkel  Pendidikan  dan  Matematik  Kebangsaan  2010,  adalah  didapati
               amalan pengajaran dan pembelajaran STEM di sekolah-sekolah ini masih secara konvensional,
               didaktik dan diajar secara berasingan. Laporan Akademi Sains Malaysia (2012) juga menyebut
               salah satu punca kemerosotan minat murid dalam STEM disebabkan kaedah pengajaran yang
               bersifat ‘berasaskan-buku teks’ dan berorientasikan peperiksaan. Laporan daripada Akademi
               Sains Malaysia (2012) mendakwa bahawa proses PdP di sekolah tidak menyumbang kepada
               pembangunan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kritikal, dan analitikal, seterusnya
               gagal  menyerapkan  proses  saintifik  dan  kemahiran  manipulatif.  Dapatan  ini  mendedahkan
               jurang  antara  kurikulum  yang  dihasratkan  dan  kurikulum  yang  dilaksanakan  kerana  dalam
               kurikulum  kebangsaan  mata  pelajaran  STEM  dalam  KBSR  dan  KBSM  yang  dilaksanakan
               semasa  data  ASM  dikutip  pada  2010,  kemahiran  berfikir,  proses  saintifik  dan  kemahiran
               menipulatif  merupakan  fokus  dalam  kurikulum  yang  berkenaan  (Curriculum  Development
               Centre, 2003)
                       Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Malaysia memberikan
               penekanan khusus kepada bidang pembelajaran murid terutama dalam pembelajaran STEM
               sebagai  pemacu  kepada  cabaran  dan  permintaan  ekonomi  menjelang  2020  (KPM,  2013).
               Malah, penekanan ini diterjemahkan dengan pengenalan Dasar Sains/teknikal kepada Sastera
               dengan nisbah 60:40 (dikenali dengan Dasar 60:40), dan telah diperkenalkan sejak 1967, serta
               dilaksanakan  pada  1970.  Laporan  daripada  Akademi  Sains  Malaysia  bertajuk  Science  and
               Technology Human Capital Report and Science Outlook 2015, seterusnya dikemas kini pada
               laporannya pada 2017 memperincikan pencapaian ini seperti dalam Jadual 2 di bawah:

               Jadual 2
               Pencapaian Nisbah Aliran STEM kepada Aliran Bukan STEM di Malaysia

                                                        Nisbah (Peratusan)
                                                     STEM          Bukan STEM
                                        Tahun
                                                 (Sains/ teknikal/  (Sastera/ Agama/
                                                   Vokasional)     Pend Khas, dll)
                                         1986          31                69
                                         1993          20                80
                                         2001          29                71
                                         2004          36                64
                                         2011          44                56
                                         2012          48                52
                                         2013          47                53
                                         2014          46                54
                                         2016          48                52
                                         2017          46                54

                                                Sumber Rujukan: Akademi Sains Malaysia, (2015, 2017)


                                                            64
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78