Page 92 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 92
Jadual 6
ICT dalam komunikasi dengan pelajar
Cara berkomunikasi dengan pelajar Frekuensi Peratusan (%)
E-mel
Ada 34 34
Tiada 66 66
Laman sosial
Ada 56 56
Tiada 44 44
Jadual 6 menunjukkan cara responden berkomunikasi dengan pelajar. Dapatan kajian
menunjukkan penggunaan ICT dalam komunikasi dengan pelajar kurang digunakan, iaitu
hanya 34% responden berkomunikasi melalui e-mel dan 56% responden menggunakan laman
sosial untuk berkomunikasi dengan pelajar. Hal ini mungkin disebabkan kaedah konvensional
secara bersemuka menjadi pilihan utama dan terbaik bagi responden untuk berkomunikasi
secara dua hala dengan pelajar. Dapatan ini bertentangan dengan Mohd (2014) iaitu laman
sosial seperti Whatsapp menjadi kaedah komunikasi yang popular pada masa kini
memandangkan kebolehan medium itu menerima mesej teks, gambar, bunyi, mesej
berkumpulan dan sebagainya tanpa melibatkan kos.
Situasi yang sama didapati melalui kajian Lee et al. (2014) iaitu walaupun tahap
kemahiran dalam penggunaan serta pengendalian mahasiswa institusi pengajian tinggi adalah
tinggi, namun interaksi dengan pengajar menggunakan teknologi tidak diamalkan atas sebab
sudah menjadi biasa dengan pengajaran tanpa melibatkan teknologi. Walau bagaimanapun,
tidak dinafikan laman sosial merupakan kaedah komunikasi pada masa kini yang menjadi
pilihan ramai, tidak kira dalam kalangan remaja mahupun golongan dewasa. Penggunaan
Internet mudah alih pada telefon pintar memudahkan akses terhadap laman-laman sosial yang
boleh dimuat turun secara percuma (Al-Hadadi & AlShidhani, 2013) termasuklah perpustakaan
digital Mohd (2014).
Jadual 7
Amalan penggunaan ICT guru
Item Amalan penggunaan ICT guru Min SP Intepretasi skor
min
1 Mempunyai pengetahuan tentang subjek yang 3.24 0.58 Sederhana tinggi
diajar
2 Menggunakan ICT sebagai sumber pengajaran 3.20 0.40 Sederhana tinggi
3 Menggunakan ICT untuk merancang pengajaran 3.30 0.61 Sederhana tinggi
4 Menggunakan ICT untuk merekod prestasi 3.06 0.68 Sederhana tinggi
murid
5 Menggunakan ICT untuk memberi arahan 2.90 0.76 Sederhana rendah
kepada pelajar
6 Menggunakan ICT untuk menghasilkan BBM 3.54 0.50 Sederhana tinggi
83

