Page 39 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 39

Jadual Hasil Pembelajaran Unit turut memperinci setiap hasil pembelajaran berdasarkan
               dimensi proses kognitif dan jenis pengetahuan. Ini dapat membantu guru memadankan kaedah
               pengajaran  dan  pembelajaran  dengan  jenis  hasil  pembelajaran.  Misalnya  hasil  pembelajaran
               mengingati–fakta mungkin memerlukan guru memperkenalkan kaedah mengingat mnemonic atau
               mengajar  lebih  mendalam  sedikit  supaya  perkara  yang  perlu  diingati  lebih  bermakna  kepada
               pelajar.  Sebaliknya  jika  hasil  pembelajaran  jenis  memahami-konsep  guru  mungkin  perlu
               mengukuhkan kefahaman pelajar menggunakan analogi yang sesuai.
                      Peringkat  kedua  analisis  adalah  membina  jadual  taksonomi  bagi  setiap  tajuk  dan
               keseluruhan  tajuk-tajuk  daripada  jadual-jadual  hasil  pembelajaran  unit  yang  telah  disediakan.
               Berdasarkan  Jadual  3  didapati  hasil-hasil  pembelajaran  merangkumi  proses-proses  kognitif
               mengingati hingga menganalisis dan jenis pengetahuan merangkumi semua jenis pengetahuan
               kecuali pengetahuan metakognitif. Berdasarkan dapatan-dapatan yang telah ditunjukkan huraian
               sukatan pelajaran dikaji mempunyai ciri-ciri berikut:
                  i.   Kursus  kimia  organik  bertumpu  membekali  pelajar  dengan  konsep-konsep  asas  kimia
                      organik di samping fakta-fakta, dan aplikasi prosedur khusus berkaitan kimia organik.
                 ii.   Kursus kimia organik ini bertumpu kepada membina kemahiran mengingati, memahami
                      dan mengaplikasi dalam konteks mempelajari asas-asas kimia organik.
                iii.   Pengetahuan metakognitif tidak disenaraikan sebagai hasil pembelajaran disasarkan dalam
                      huraian sukatan pelajaran ini.
                      Huraian sukatan pelajaran kimia organik didapati tidak merangkumi keseluruhan dimensi
               proses  kognitif  dan  jenis  pengetahuan.  Apakah  yang  boleh  menjelaskan  mengapa  hasil-hasil
               pembelajaran kimia bertumpu pada proses kognitif aras rendah? Suatu penjelasan adalah kerangka
               atau model pendidikan kimia yang menjadi asas kursus kimia organik ini. Banyak kursus kimia
               pengenalan peringkat lepasan menengah termasuk kursus kimia matrikulasi adalah didasari apa
               yang dipanggil Model Tradisi Pendidikan Kimia (Dani Asmadi Ibrahim dan Kamisah Osman,
               2012). Model ini didasari andaian ilmu kimia difahami sekiranya konsep-konsep dan prinsip-
               prinsip asas kimia dipelajari. Menurut model ini, guru cuba membina asas pengetahuan fakta dan
               konsep yang kukuh buat pelajar sepanjang suatu kursus, lantaran himpunan fakta dan prinsip ini
               menjadi  pra  syarat  bagi  pembelajaran  peringkat  lebih  tinggi.  Lazimnya  semasa  penyampaian
               pelajaran,  pelajar  diajar  prinsip,  takrifan  dan  konsep  asas  dahulu,  diikuti  ujikaji-ujikaji  yang
               menyokong prinsip atau hukum tersebut. Seterusnya pelajar diajar mengaplikasi pengetahuan,
               sama ada menggunakannya dalam pengiraan, eksperimen dan penggunaan pada konteks luar bilik
               darjah. Dan sekiranya model ini digunapakai, maka dalam penyediaan huraian sukatan pelajaran,
               nota sesuatu tajuk dalam buku rujukan dan kuliah, maka ia akan menurut turutan berikut:
                  i.   Memperkenalkan  takrifan,  konsep  asas,  prinsip  dan  fakta  yang  mesti  diketahui  untuk
                      memahami  pelajaran  selanjutnya.  Proses  kognitif  utama  pada  peringkat  ini  adalah
                      mengingati.
                 ii.   Menghuraikan prinsip-prinsip dan konsep dengan memberi contoh dan ujikaji berkaitan
                      serta  menjelaskan  perhubungan  antara  konsep  dan  fakta  asas.  Dalam  kimia  organik
                      lazimnya  jenis-jenis  tindak  balas  kimia  asas  diperkenalkan  dan  diikuti  dengan
                      menghuraikan beberapa  contoh  tindak balas.  Proses  kognitif utama pada peringkat  ini
                      adalah memahami.
                iii.   Mengaplikasi    pengetahuan    sama    ada   menggunakannya      dalam    eksperimen
                      pengenalpastian, eksperimen sintesis sebatian kimia organik dan perbincangan berkaitan
                      penggunaan  kimia  organik  dalam  kehidupan  seharian.  Proses  kognitif  utama  pada
                      peringkat  ini  adalah  mengaplikasi  dan  kadangkala  menganalisis  sekiranya  melibatkan



                                                             29
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44