Page 46 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 46

PERNYATAAN MASALAH

                      Berdasarkan Laporan Kerja Calon, seringkali masalah salah penggunaan rumus timbul.
               Sekiranya pelajar gagal mengeluarkan rumus yang tepat, maka secara automiknya pelajar tidak
               mendapat  sebarang  skor  untuk  penyelesaian  masalah  tersebut.  Ini  merupakan  isu  yang  serius
               kerana  pelajar  berpotensi  kehilangan  markah  yang  lebih  banyak.  Oleh  itu,  para  pengkaji
               merasakan daya mengingat rumus perlu diketengahkan kerana ia mesti dititikberatkan setiap kali
               menjawab  penyelesaian  masalah  Fizik  yang  melibatkan  pengiraan.  Selain  ini  juga,  dengan
               mengingati  rumus  Fizik  ini  bererti  pelajar  memahami  sepenuhnya  konsep  Fizik  yang  cuba
               disampaikan dalam penggunaan rumus tersebut.
                      Persoalannya  disini,  ramai  pelajar  yang  masih  tidak  mengingati  rumus  Fizik  yang
               sepatutnya walaupun pembelajaran sesuatu tajuk itu sudah melepasi beberapa tajuk berikutnya.
               Tanpa  kemahiran  mengingat  rumus  ini,  pelajar  akan  gagal  memenuhi  kehendak  soalan  dan
               menyukarkan  mereka  mengusai  sesuatu  tajuk.  Bahkan,  mereka  akan  hilang  minat  untuk
               mempelajari subjek Fizik.  Masalah ini bertambah serius apabila terdapat banyak rumus yang
               boleh digunapakai dalam sesuatu tajuk, contohnya tajuk Magnetic Field.
                      Kajian oleh Treacy et al. (2012) menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
               kaedah  kad  imbasan  dengan  pencapaian  pelajar  yang  lemah.    Oleh  itu,  pengkaji  bersetuju
               menggunakan aplikasi CRAM bagi membantu para pelajar ini. Hasil daripada tinjauan beberapa
               penyelidikan,  terdapat  beberapa  pengkaji  yang  telah  mengkaji  daya  mengingat  dengan
               penggunaan  kad  imbasan.  Antara  pengkaji  yang  membahaskan  tentang  daya  ingatan
               menggunakan  kad  imbasan  dalam  penulisan  mereka  adalah  Muhammad  Nazri  bin  Samsudin
               dalam penulisannnya yang bertajuk ‘Meningkatkan Kemahiran Mengingati Definisi-definisi Fizik
               melalui Kaedah Kad Imbasan’. Dengan menggunakan kad imbasan, berlakunya peningkatan daya
               ingatan pelajar malah ianya turut merangsang pelajar menjadikan ianya lebih menarik dengan
               mewujudkan permainan antara mereka. Pernyataan ini juga telah disokong dengan kajian daripada
               Rosnah  Bt  Yunus  (2016)  yang  turut  mengakui  terdapat  peningkatan  motivasi  dan  keupayaan
               murid menguasai sesuatu topik dengan menggunakan kaedah kad imbasan.
                      Namun begitu, sesuai dengan abad ke-21 dan perkembangan Revolusi Industri 4.0 dalam
               bidang pendidikan, kad imbasan mungkin tidak berapa sesuai lagi digunakan. Dengan mengambil
               manfaat berkembang pesatnya teknologi mobil seantera dunia, pengkaji ingin menguji kemahiran
               peningkatan  daya  ingatan  menggunakan  bantuan  teknologi.  Beberapa  kajian  telah  dijalankan
               terhadap hubungkait peranti mudah alih dengan perkembangan bidang pendidikan. Antaranya,
               menurut Analisa Hamdan, S Rosseni Din, Siti Zuraida Abdul Manaf. (2013), penggunaan peranti
               mudah  alih  dalam  sistem  pendidikan  memberi  peluang  untuk  pelajar  bermotivasi  dalam
               mempelajari sesuatu bidang tambahan pula aplikasi Android yang merupakan satu sumber terbuka
               membolehkan  para  guru  dan  pelajar  menggunapakai  beberapa  aplikasi  secara  percuma.
               Mendokong usaha mewujudkan sistem pembelajaran kendiri, Saedah Siraj (2004) menunjukkan
               dengan  menggunakan  peranti  mudah  alih,  ianya  membantu  pembelajaran  dijalankan  dimana
               sahaja, bila-bila masa mengikut kesesuaian pelajar itu sendiri. Oleh itu, para pengkaji mengambil
               inisiatif  untuk  mengkaji  adakah  aplikasi  CRAM  dapat  membantu  pelajar  meningkatkan  daya
               ingatan rumus, khusunya dalam tajuk Magnetic Field.






                                                             36
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51