Page 45 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 45

CRAM : Meningkatkan Daya Mengingat Rumus Bagi Tajuk Magnetic Field

                                         Siti Aishah Tahir , Raziah Mohd Noor ,
                                                           1
                                                                                 2
                                                        3
                                      Normadiah Shafie , Khairul Nizam Ab Hamid
                                                                                     4
                                  1,2,3,4 Unit Fizik Kejuruteraan, Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
                                 1 aishah.tahir@kmtk.matrik.edu.my,  raziah@kmtk.matrik.edu.my,
                                                                2
                                                             4
                              3 normadiah@kmtk.matrik.edu.my,  khairulnizam@kmtk.matrik.edu.my

                                                          Abstrak

               Penggunaan aplikasi CRAM bertujuan untuk membantu para pelajar lemah meningkatkan daya
               ingatan  terhadap  rumus  yang  terdapat  dalam  tajuk  Magnetic  Field.  Sembilan  orang  pelajar
               daripada  Program  Personal  Coaching  yang  mendapat  gred  C  dan  C+  semasa  Peperiksaan
               Semester  Program  Matrikulasi  PSPM  1  Sesi  2016/2017  telah  dipilih  sebagai  sampel.
               Berdasarkan soal selidik, ujian pra dan pasca serta temubual, didapati sebanyak 7 daripada
               sembilan  pelajar  menghadapi  masalah  dalam  mengingat  rumus  dalam  tajuk  Magnetic  Field.
               Pelajar  diberi  dengan  ujian  pra  untuk  mengenalpasti  sejauh  mana  ingatan  para  pelajar
               menggunapakai  rumus  dalam  tajuk  tersebut.  Berdasarkan  ujian  pra,  lapan  orang  pelajar
               mendapat markah 20% dan hanya seorang mendapat markah melebihi 50%. Setelah aplikasi
               CRAM  digunakan,  keputusan  ujian  pasca  menunjukkan  terdapat  peningkatan  purata  markah
               daripada  20%  kepada  42.6%.  Kajian  mendapati  prestasi  pelajar  boleh  ditingkatkan  dengan
               intervensi  yang  dilakukan  dengan  menggunakan  aplikasi  CRAM.  Selain  itu,  sikap  pelajar
               terhadap cara pembelajaran kendiri dapat dirangsangkan, serta menjimatkan masa dan tenaga
               bagi pelajar dan pensyarah.

               Kata Kunci: CRAM, meningkatkan daya ingatan, rumus, pelajar lemah, tajuk Magnetic Field.


                                                     PENGENALAN

                      Menurut  Zainal  Arifin  (2009),  untuk  mengukur  tahap  berjayanya  suatu  proses
               pembelajaran  adalah  melalui  evaluasi.  Antara  evaluasi  yang  digunapakai  dalam  Program
               Matrikulasi adalah berbentuk peperiksaan yang diadakan dua kali dalam satu sesi. Hasil daripada
               evaluasi tersebut, pendidik boleh mendapat gambaran tahap perkembangan para pelajar. Selalu
               yang menjadi isu, adalah sejauh mana para pelajar yang sangat lemah dapat dibantu. Kegagalan
               dalam  menguasai  sesuatu  perkara  menunjukkan  prestasi  motivasi  yang  turun  seriring  dengan
               pencapaian  seorang  pelajar.  Penurunan  motivasi  ini  akan  menyebabkan  pelajar  hilang  minat
               terhadap  perkara  yang  dilakukan  (Keke  T.  Aritonang,  2008).  Berdasarkan  sukatan  pelajaran
               Program Matrikulasi, subjek Fizik ini merupakan subjek teras iaitu merupakan subjek yang perlu
               diambilkira dalam markah Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK) kelak. Oleh itu, keupayaan
               para pelajar menjawab soalan Fizik dengan tepat haruslah diberi perhatian.
                      Penyelesaian sesuatu masalah Fizik melibatkan beberapa elemen utama iaitu rumus yang
               tepat,  gantian  yang  betul,  dan  seterusnya  menulis  jawapan  yang  tepat  berserta  unit  yang
               bersesuaian.  Dalam  menyelesaikan  masalah  yang  melibatkan  pengiraan  dalam  Fizik,
               kebolehgunaan terhadap sesuatu rumus memainkan peranan yang penting dan signifikannya yang
               tersendiri. Menurut Devlin’s Angle (2002), tanpa rumus suatu penciptaan tidak dapat dijayakan.


                                                             35
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50