Page 42 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 42

dimensi proses kognitif semasa mempelajari kimia. Oleh yang demikian sesuatu harus dilakukan,
               dan ia harus dilakukan di luar kerangka amalan pengajaran dan pembelajaran semasa.





                                      Kemahiran berfikir              Pembelajaran bersemuka
                                          aras tinggi      Mencipta         kuliah, tutoran dan
                                         (Matlamat)        Menilai              kelas amali
                                                         Menganalisa

                                 Kemahiran berfikir      Mengaplikasi
                                    aras rendah           Memahami             Pembelajaran kendiri
                                       (Alat)             Mengingati               sebelum kelas




                          Rajah 4. Kerangka pengajaran dan pembelajaran “Flipped Learning” berdasarkan
                                                     Taksonomi Bloom

                      Suatu kerangka pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk menambahbaik
               pengajaran semasa adalah model Flipped Learning. Menurut kerangka ini, komponen yang secara
               tradisi disampaikan dalam kelas misalnya kuliah disampaikan luar kelas melalui bahan berasaskan
               web seperti video, demonstrasi, tutorial dan simulasi. Sekiranya kekurangan teknologi maklumat
               dan  komunikasi  menjadi  halangan,  pelajar  setidak-tidaknya  diberikan  tugasan  bacaan  dan
               lembaran kerja untuk disiapkan sebelum kelas. Pembelajaran kendiri berlaku sebelum kelas dan
               melibatkan proses kognitif aras rendah.  Pelajar telah meneroka bahan pelajaran yang ditugaskan
               terlebih dahulu sebelum tajuk itu diperkenalkan oleh guru. Oleh itu sewaktu kelas atau sewaktu
               pembelajaran bersemuka dengan guru, aktiviti yang lebih berpusatkan pelajar boleh dijalankan.
               Pembelajaran bersemuka boleh digunakan untuk pembelajaran berkumpulan, perhatian individu
               kepada pelajar tertentu dan aktiviti pengayaan bagi pelajar berpencapaian tinggi. Di sini guru
               bukan  lagi  sumber  maklumat  kerana  semua  maklumat  asas  berkaitan  pelajaran  telah  diakses
               sebelum kelas. Guru berpeluang berfungsi sebagai pembimbing, tempat mendapat maklum balas
               dan berkongsi idea. Manfaat utama model ini adalah peluang menjadikan kelas bersemuka medan
               untuk  pelajar  berbincang,  mengembangkan  kemahiran-kemahiran  berfikir  aras  tinggi  dan
               berinteraksi dengan lebih bermakna dengan pelajaran.
                      Menurut Flavel (1976), pengetahuan metakognisi adalah pengetahuan seseorang mengenai
               proses-proses kognitifnya sendiri dan apa-apa sahaja yang berkaitannya. Zull (2011), menyatakan
               pengetahuan  metakognisi  berada  pada  akar  semua  pembelajaran  dan  turut  menambah
               “pengetahuan  mengenai  diri  sendiri,  kesedaran  mengenai  bagaimana  dan  kenapa  kita  berfikir
               dengan cara tertentu, serta kebolehan untuk belajar membuat penyesuaian, adalah kritikal kepada
               kelangsungan hidup sebagai seorang individu”. Di antara impak pengetahuan metakognitif adalah
               ia membentuk pelajar yang belajar secara aktif, menggalakkan pembelajaran mendalam, serta
               membolehkan pelajar mengawal pembelajaran dan pemikiran mereka sendiri (Pintrich, 2002).
               Semua ini menunjukkan betapa pentingnya pengetahuan metakognitif pelajar diperkembangkan.
               Dalam konteks program matrikulasi pula, ia menjadi lebih kritikal lantaran visinya untuk menjana
               pelajar berkualiti ke institusi pengajian tinggi.




                                                             32
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47