Page 41 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 41

fakta  atau  belajar  menggunakan  algoritma  penyelesaian  masalah  melalui  latihan  berulang.
               Berdasarkan  Taksonomi  Bloom  penguasaan  dicapai  apabila  pelajar  mempamerkan  kemahiran
               berfikir aras tinggi berkaitan kandungan yang diajar. Ini merupakan matlamat pembelajaran. Ini
               bermaksud sekiranya pelajar hanya mempamerkan kemahiran berfikir aras rendah berkaitan tajuk
               bukanlah  bermakna  pelajar  menguasai  pelajaran.  Namun  begitu,  penguasaan  pelajaran  pada
               domain kognitif aras rendah masih penting kerana ia merupakan alat memahami ilmu dan pra
               syarat penguasaan pengetahuan pada aras lebih tinggi. Sekiranya matlamat kursus ini adalah untuk
               membina  kefahaman  mendalam  asas-asas  kimia  organik  maka  pengajaran  dan  pembelajaran
               mestilah merangkumi seluas mungkin dimensi proses kognitif dan bukannya yang rendah sahaja.




                               Kemahiran berfikir                  Pembelajaran tanpa guru
                                   aras tinggi      Mencipta      Tugasan/“homework” dan
                                  (Matlamat)        Menilai         pembelajaran kendiri
                                                  Menganalisa

                         Kemahiran berfikir       Mengaplikasi      Pembelajaran bersemuka
                             aras rendah           Memahami              kuliah, tutoran dan
                               (Alat)              Mengingati                kelas amali


                                Rajah 3. Kerangka pengajaran dan pembelajaran semasa berdasarkan
                                                        Taksonomi Bloom

                      Sejauh  mana  pembelajaran  yang  merangkumi  keseluruhan  dimensi  proses  kognitif  ini
               berlaku  dalam  kursus  kimia  organik  semasa  dan  bagaimana  ia  boleh  ditingkatkan?  Kerangka
               pengajaran dan pembelajaran semasa boleh diwakilli Rajah 3. Berdasarkan Rajah 3 pengajaran
               kuliah, tutoran dan amali semasa lebih bertumpu kemahiran berfikir aras rendah, atau dalam erti
               kata lain memberikan “alat-alat” berkaitan pembelajaran kimia. Pada waktu kuliah, lazimnya tajuk
               diperkenalkan kepada pelajar, bersama definisi dan fakta berkaitan. Konsep-konsep asas turut
               dijelaskan dengan tujuan memberi kefahaman asas. Sewaktu amali dan tutoran pula pelajar diberi
               peluang untuk mengaplikasi apa yang dipelajari untuk membuat eksperimen dan menyelesaikan
               soalan tutoran berbentuk masalah. Pembelajaran bersemuka yang berlaku ini lebih bertumpu pada
               proses kognitif aras rendah. Selepas menjalani kelas-kelas yang dijadualkan, pelajar diandaikan
               akan menjalani pembelajaran kendiri. Mereka akan membuat pembacaan dan latihan tambahan
               untuk  meningkat  penguasaan  terhadap  tajuk  yang  telah  dipelajari.  Mereka  mungkin  mencuba
               soalan yang lebih sukar seperti soalan peperiksaan tahun lepas dan berbincang dengan rakan dan
               pensyarah  sekiranya  menghadapi  kesukaran  dan  untuk  mendapatkan  penjelasan  lanjut.
               Pembelajaran kendiri sebegini (sekiranya berlaku) lebih melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi
               berbanding pembelajaran bersemuka yang berlaku sebelumnya.
                      Pengajaran  dan  pembelajaran  kendiri  yang  melibatkan  kemahiran  berfikir  aras  tinggi
               seperti diandaikan ternyata tidak berlaku seperti yang diharapkan. Kajian terhadap pandangan
               pelajar terhadap kesukaran tajuk-tajuk kimia matrikulasi semester satu (Dani Asmadi Ibrahim,
               Azraai  Othman,  &  Othman  Talib,  2015)  mendapati  pelajar  menghadapi  masalah  memahami
               konsep-konsep kimia tertentu dan untuk mengatasinya pelajar cenderung belajar secara hafalan
               dan latihan berulang sebagai cara mempersiapkan diri untuk peperiksaan. Penumpuan kepada
               pembelajaran  hafalan  ini  bertentangan  dengan  matlamat  memperkembangkan  keseluruhan



                                                             31
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46