Page 132 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 132
Semakan Andaian Ujian-T Sampel-Sampel Bebas
Sebelum ujian-t sampel-sampel bebas dijalankan ke atas data UDOPNIN yang dikumpulkan,
semakan andaian-andaian ujian-t perlu dijalankan terlebih dahulu untuk memastikan kesahan
dan kebolehpercaaayn dapatan kajian dijamin. Oleh itu, ujian bertaburan normal dan ujian
kesamaan varians ke atas data skor UDOPNIN mengikut kumpulan jantina telah dijalankan
(Julie, 2011). Berdasarkan Jadual 5, min skor untuk murid lelaki dan perempuan masing-
masing mencatatkan nilai 26.76 dan 25.76. Statistik skewness dan kurtosis lelaki bernilai −.27
dan −1.30 menunjukkan min skor UDOPNI kumpulan lelaki pencong negatif dan bentuk
lengkungan taburan yang rendah (bentuk platikurtik) (Chua, 2006). Statistik skewness dan
kurtosis perempuan bernilai −.04 dan −1.29 juga menunjukkan min skor UDOPNI kumpulan
perempuan pencong negatif dan bentuk lengkungan taburan yang rendah (bentuk platikurtik)
(Chua, 2006). Secara umunya, aras signifikan kumpulan lelaki, perempuan, dan keseluruhan
skor UDOPNI untuk ujian Kolmogorov-Smirnov, p < .05 . Oleh itu, data kajian ini adalah
tidak bertaburan normal dan andaian skor-skor variabel bersandar bagi setiap kumpulan adalah
bertaburan secara normal dalam populasi tidak dapat dipenuhi. Walau bagaimanapun,
berdasarkan Chua (2006) dan Gay et al. (2011) keputusan kajian ini masih boleh diterima
kerana pilihan sampel saiz lebih daripada 30 orang responden.
Jadual 5
Ujian Bertaburan Normal Mengikut Jantina Skor UDOPNIN
* Skew. Kurt. K.S. df
̅
Lelaki 26.76 −.27 −1.30 .15 298 .00
Perempuan 25.75 −.04 −1.29 .12 274 .00
Keseluruhan 26.27 −.16 −1.31 .13 572 .00
Nota. * = Min skor
̅
Skew. = Skewness
Kurt. = Kurtosis
K.S. = Nilai ujian Kolmogorov-Smirnov
df = Darjah Bebas
= Aras Signifikan
Dalam semakan andaian skor-skor variabel bersandar bagi kedua-dua kumpulan
mempunyai varians yang sama dalam populasi, ujian kesamaan varians ke atas skor UDOPNIN
telah dijalankan. Berdasarkan Jadual 6, ujian Levene's mencatatkan nilai 2.53 dengan aras
signifikan p > .05. Oleh itu, skor variabel bersandar bagi kedua-dua kumpulan mempunyai
varians yang sama dalam populasi telah dipenuhi.
Jadual 6
Ujian Kesamaan Varians Skor UDOPNIN
Nilai Aras Signifikan
Ujian Levene's 2.53 .11
122

