Page 134 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 134

terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dengan murid perempuan, kelebihannya
               adalah murid lelaki atau perempuan bergantung kepada topik yang dikaji dan sampel yang
               pilih, justeru keputusan dapatan kajian lepas adalah berbeza dengan keputusan kajian ini yang
               menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam skor min UDOPNIN antara murid lelaki
               dengan murid perempuan.
                       Dapatan  kajian  ini  telah  memudahkan  para  guru  dalam  penyediaan  rancangan
               mengajar, kerana tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min UDOPNIN antara
               murid lelaki dengan murid perempuan, membutikan tidak  perlu menyediakan aktiviti  yang
               berbeza untuk murid lelaki dan perempuan semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Hal ini
               bermakna,  guru  hanya  perlu  menyediakan  satu  aktiviti  pengajaran  semasa  mengajar  topik
               operasi  penolakan  nombor  integer  negatif,  tidak  perlu  menyediakan  aktiviti  yang  berbeza
               berdasarkan  jantina  seperti  topik  yang  lain  dalam  bidang  matematik  kerana  banyak  hasil
               dapatan  kajian  lepas  memaparkan  terdapat  perbezaan  yang  signifikan  dalam  murid  lelaki
               dengan murid perempuan (Jabor et al., 2011; Lydia et al., 2008; Sabahat, 2015; Tang, 2009;
               Zahid & Salahuddin, 2015; Zaliza et al., 2005).
                       Di samping itu, dari aspek peringkat perancangan dan penyediaan kurikulum bagi topik
               operasi penolakan nombor integer negatif, tugasan BPK dan Kementerian Pendidikan Malaysia
               [KPM] juga dapat dipermudahkan. Hal ini kerana semasa proses perancangan, penggubalan,
               pelaksanaan, dan penyediaan kurikulum matematik dalam topik ini, pihak berkenaan hanya
               perlu  menyediakan  bahan  bantu  mengajar  seperti  buku  teks  dan  rujukan  berdasarkan
               kemampuan murid, dan tidak perlu menyediakan aktiviti yang berbeza berdasarkan jantina
               seperti topik yang lain dalam bidang matematik. Hasil dapatan kajian ini sememangnya telah
               membantu para pendidik, BPK dan KPM dari aspek perancangan, penyediaan, penggubalan,
               pelaksanaan,  penyebaran  dan  penilaian  kurikulum  matematik,  khasnya  bagi  topik  operasi
               penolakan nombor integer negatif.
                       Selain itu, kajian ini juga telah menyumbangkan secara langsung kepada perkembangan
               literatur bidang pentaksiran terutamanya dalam  ujian diagnostik. Pentaksiran dan penilaian
               bertujuan  untuk  mengenal  pasti  tahap  penguasaan  murid  dalam  sesebuah  topik  yang
               disampaikan (Bhasah, 2007), tetapi metodologi yang betul dan benar dalam proses pentaksiran
               dan penilaian seseorang atau sekumpulan murid sering kali menjadi satu isu. Oleh itu, kajian
               ini  turut  menjadi  satu  rujukan  kepada  para  guru  dan  pengkaji  akan  datang  untuk  proses
               pentaksiran dan penilaian murid, khasnya dalam penggunaan ujian diagnostik.
                       Kajian ini juga telah menyumbangkan secara langsung kepada perkembangan literatur
               pengukuran matematik tingkatan satu di Malaysia, terutamanya dalam topik nombor integer
               negatif. Penguasaan murid dalam nombor integer negatif merupakan satu isu yang sering kali
               dibangkitkan  dalam  peperiksaan  PMR  dan  SPM,  kerana  nombor  negatif  merupakan  satu
               konsep  yang  abstrak  yang  sukar  difahami  (Elango,  2014).  Kajian  ini  telah  melanjutkan
               pengukuran matematik dalam nombor negatif bagi murid tingkatan satu supaya miskonsepsi
               yang dihadapi oleh murid senang dikenal pasti. Di samping itu, kajian ini akan sebagai sumber
               sorotan literatur kepada pengkaji akan datang dalam topik miskonsepsi nombor integer negatif.

                                                    KESIMPULAN

               Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min UDOPNIN
               antara  murid  lelaki  dengan  murid  perempuan.  Dicadangkan  kajian  ini  boleh  diperluaskan
               sampel  kajian  seperti  sampel  di  negeri-negeri  lain,  atau  di  seluruh  Malaysia  supaya
               perbandingan dapat dilakukan. Perbandingan boleh berfokus kepada jenis miskonsepsi yang
               dilakukan oleh murid berdasarkan perbezaan skor min instrumen antara murid lelaki dengan
               perempuan.  Selain  itu,  dicadangkan  membangunkan  ujian  diagnostik  atas  talian  untuk
               memudahkan pengguna dalam proses mengenal pasti jenis miskonsepsi. Ujian diagnostik atas
                                                           124
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139