Page 130 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 130
Jadual 3
Responden Kesahan Kandungan Instrumen UDOPNIN
Jantina Min Pengalaman
Lelaki Perempuan Mengajar Matematik
2 3 19.6 tahun
Jadual 4 menunjukkan CVI (Content Validity Index) bagi kesahan kandungan
Instrumen UDOPNIN dari aspek arahan instrumen, “item berkaitan”, dan “liputan kandungan”
yang dinilai oleh 5 orang guru pakar matematik bernilai 0.80 dan ke atas. Manakala secara
umumnya, instrumen UDOPNIN mempunyai kualiti yang tinggi dengan darjah kesahan
kandungan item bernilai CVI = 0.80 ( >.78) (Lynn, 1986). Min bagi 5 orang guru pakar dalam
penilaian kesahan kandungan instrumen UDOPNIN bernilai 4.10, iaitu melebihi tahap kesahan
tinggi dan menghampiri tahap kesahan sangat tinggi.
Jadual 4
Kesahan Kandungan Instrumen UDOPNIN
Aspek Kesahan Min* CVI
Arahan Instrumen 4.40 1.00
Item Berkaitan 4.05 0.80
Liputan Kandungan 4.16 0.80
Keseluruhan Instrumen 4.10 0.80
Nota. *nilai 1 = kesahan sangat rendah; nilai 5 = kesahan sangat tinggi
Semasa pengumpulan data, responden diminta duduk dalam keadaan seperti ujian
sekolah dan diberi masa selama 30 minit untuk menjawab soalan-soalan dalam instrumen
UDOPNIN. Segala tatacara mentadbirkan instrumen UDOPNIN seperti peraturan dalam
peperiksaan, perbincangan dan rujukan buku adalah dilarangkan. Selepas itu, data dianalisis
dengan perisian Statistical Package for The Social Sciences (SPSS) untuk mengenal pasti
perbezaan skor min UDOPNIN antara murid lelaki dengan murid perempuan tingkatan satu
menggunakan ujian-t sampel-sampel bebas (Independent-Samples T Test).
DAPATAN KAJIAN
Demografi Responden
Rajah 1 menunjukkan umur responden yang terlibat dalam kajian ini, sebanyak 59.4%
murid tingkatan satu dalam kajian ini berumur 13 tahun, iaitu seramai 340 orang. Murid
tingkatan satu yang berumur 14 tahun pula melibatkan 232 orang, atau sebanyak 40.6%.
Daripada 572 orang murid dalam kajian ini, seramai 298 orang murid merupakan murid lelaki,
iaitu sebanyak 52.1%, dan seramai 274 orang murid merupakan murid perempuan, iaitu
sebanyak 47.9% (Rajah 2).
120

