Page 129 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 129
iv. Operasi Penolakan Integer Negatif dengan Integer Negatif
Setiap kategori operasi penolakan akan melibatkan 2 jenis penolakan, iaitu nombor mutlak
besar menolak nombor mutlak kecil (a – b = , |a| > |b|) dan nombor mutlak kecil menolak
nombor mutlak besar (a – b = , |a| < |b|). Setiap jawapan dan pengganggu bagi setiap item
ujian diagnostik memainkan peranan untuk mengenal pasti jenis miskonsepsi murid.
Jadual 2
Jadual Spesifikasi Item (JSI) UDOPNIN
Pilihan Jawapan
Kategori Nombor
Hasil Pembelajaran
Penolakan Item
1. Nombor Nisbah a – b = Miskonsepsi
1.2 Operasi Miskonsepsi Miskonsepsi Aritmetik & Jawapan
Asas Aritmetik Simbol Simbol Betul
Aritmetik
yang
Melibatkan
integer
Operasi 6, 14, 22,
Penolakan (|a| > |b|) 32, 38 A C D B
Integer Positif
dengan Integer (|a| < |b|) 4, 25, 26, D B A C
Positif 34, 36
Operasi 1, 13, 16,
Penolakan (|a| > |b|) 24, 37 C A B D
Integer Negatif
dengan Integer (|a| < |b|) 3, 9, 28, C A B D
Positif 30, 40
Operasi 2, 17, 21,
Penolakan (|a| > |b|) 23, 39 B D C A
Integer Positif
dengan Integer (|a| < |b|) 8, 10, 15, B D C A
Negatif 19, 33
Operasi 5, 7, 12,
Penolakan (|a| > |b|) 18, 20 D B A C
Integer Negatif
dengan Integer (|a| < |b|) 11, 27, 29, A C D B
Negatif 31, 35
Jumlah Item 40
Sebelum instrumen UDOPNIN ditadbirkan kepada 572 responden, kesahan kandungan
telah ditentukan oleh 2 orang guru lelaki dan 3 orang guru perempuan pakar matematik yang
mempunyai pengalaman mengajar dalam tingkatan satu. Secara puratanya, setiap guru yang
menentukan kesahan kadungan instrumen UDOPNIN ini mempunyai pengalaman 19.6 tahun
dalam mengajar matematik tingkatan satu (Jadual 3).
119

