Page 133 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 133

Perbezaan Skor Min UDOPNIN antara Murid Lelaki dan Murid Perempuan

               Berdasarkan  kajian-kajian  lepas  (Jabor  et  al.,  2011;  Sabahat,  2015)  nilai  signifikan  yang
               digunakan dalam kajian ini adalah    = .05. Oleh itu, jika    > .05, hipotesis nol gagal ditolak;
               jika    ≤ .05, hipotesis nol ditolak dan hipotesis alternatif akan digunakan. Keputusan Jadual
               7  menunjukkan,  analisis  ujian-t  sampel-sampel  bebas  daripada  SPSS  memaparkan  aras
                                                                         2
               signifikan p > .05, maka hipotesis nol gagal ditolak. Nilai     = 0.002496 menunjukkan 0.25%
               daripada  varians  dalam  skor-skor  UDOPNIN  murid  tingkatan  satu  dapat  dijelaskan  oleh
               perbezaan jantina. Kesimpulannya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min
               UDOPNIN antara murid lelaki dengan murid perempuan tingkatan satu dalam populasi, t(570)
                                 2
               = 1.17, p >.05,      = .0025.

               Jadual 7
               Ujian-t Sampel-Sampel Bebas Mengikut Jantina Skor UDOPNIN


                                      N              ̅              R.P.         t         df          
                  Lelaki             298       26.76     10.55       .61
                                                                               1.17       570        .24
                  Perempuan          274       25.75     10.02       .61

                  Keseluruhan        572       26.27     10.30       .43
               Nota. * N = Bilangan
                            = Min skor
                         ̅
                            = Sisihan Piawai (Standard Deviation)
                         R.P. = Ralat Piawai (Standard Error)
                         t = Nilai Ujian-t
                         df = Darjah Bebas
                            = Aras Signifikan

                                                   PERBINCANGAN

               Dapatan kajian telah menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min
               UDOPNIN  antara  murid  lelaki  dengan  murid  perempuan  tingkatan  satu  dalam  populasi.
               Walaupun dapatan kajian memaparkan min skor UDOPNIN untuk murid lelaki bernilai 26.76
               lebih tinggi berbanding dengan murid perempuan yang bernilai 25.75, tetapi analisis ujian-t
               sampel-sampel  bebas  pada  aras  signifikan     = .05  menunjukkan  tiada  perbezaan  yang
               signifikan antara murid lelaki dengan murid perempuan. Oleh itu, min skor UDOPNIN untuk
               572  murid  tingkatan  satu  dalam  kajian  ini  adalah  sebanyak  26.27,  dengan  sisihan  piawai
               sebanyak 10.30 dan ralat piawai sebanyak 0.43.
                       Dapatan kajian ini dari  aspek skor min UDOPNIN adalah berbeza dengan dapatan
               kajian lepas yang dijalankan oleh Jabor et al. (2011), Lydia et al. (2008), Sabahat (2015), Tang
               (2009), Zahid & Salahuddin (2015), dan Zaliza et al.(2005). Dapatan kajian lepas menunjukkan
               terdapat perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dengan murid perempuan dalam subjek
               matematik  mengikut  topik-topik  yang  berbeza,  iaitu  terdapat  4  kajian  lepas  menunjukkan
               pencapaian murid perempuan lebih tinggi berbanding pencapaian murid lelaki (Jabor et al.,
               2011; Sabahat, 2015; Tang, 2009; Zaliza et al., 2005), dan 2 kajian lepas pula menunjukkan
               pencapaian murid lelaki lebih tinggi berbanding pencapaian murid perempuan (Lydia et al.,
               2008; Zahid & Salahuddin, 2015). Kesimpulannya, dapatan kajian lepas yang memaparkan

                                                           123
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138