Page 128 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 128
Jadual 1
Bilangan Responden UDOPNIN Mengikut Daerah Di Pulau Pinang
Bilangan Murid
Daerah Sekolah Jumlah
Orang Peratus (%)
Sekolah A 53 9.3
Seberang Perai Utara 104 18.2%
Sekolah B 51 8.9
Sekolah C 54 9.5
Seberang Perai Tengah 104 18.2%
Sekolah D 50 8.7
Sekolah E 50 8.7
Seberang Perai Selatan 103 18.0%
Sekolah F 53 9.3
Sekolah G 56 9.8
Daerah Timur Laut Sekolah H 50 8.7 156 27.2%
Sekolah I 50 8.7
Sekolah J 52 9.1
Daerah Barat Daya 105 18.4%
Sekolah K 53 9.3
Jumlah 572 100.0 572 100.0%
Alat pengukuran instrumen UDOPNIN dalam kajian ini dibina oleh pengkaji sendiri.
Pembinaan item instrumen UDOPNIN dalam kajian ini berdasarkan 4 kategori yang
dikemukakan oleh Elango dan Halimah (2011, 2012, 2014) dan KSSM matematik tingkatan
satu (Bahagian Pembangunan Kurikulum [BPK], 2015). Setiap jawapan dan pengganggu bagi
setiap item ujian diagnostik memainkan peranan untuk mengenal pasti jenis miskonsepsi murid
berdasarkan hasil kajian Sadler (2012). Hal ini bermakna, pilihan jawapan yang salah bagi
setiap item dibina berdasarkan jenis miskonsepsi yang dilakukan oleh murid dalam analisis
kajian Sadler (2012). Manakala prosedur pembinaan instrumen UDOPNIN ini dijalankan
berdasarkan model Cohen, Swerdlik, dan Sturman (2013), iaitu pengkonsepsian ujian,
pembinaan item, kajian rintis, analisis item, dan menambahbaik ujian.
Instrumen UDOPNIN ini mengandungi dua bahagian, bahagian pertama merupakan
bahagian latar belakang responden seperti jantina, umur, bangsa, dan nama sekolah, manakala
bahagian kedua adalah item-item soalan aneka pilihan. Instrumen UDOPNIN ini mengandungi
40 soalan objektif atau dikenali sebagai soalan aneka pilihan berpandukan 4 kategori operasi
dan 2 jenis penolakan (Elango & Halimah, 2011, 2012, 2014) yang mempunyai 4 pilihan
jawapan. Sebelum instrumen UDOPNIN dibina, JSI UDOPNIN (Jadual 2) ditentukan untuk
dijadikan rujukan utama dalam proses pembinaan item dalam instrumen UDOPNIN.
Berdasarkan Jadual 2, hasil pembelajaran tentang empat operasi asas aritmetik yang melibatkan
penolakan nombor integer negatif telah dikaji, iaitu:
i. Operasi Penolakan Integer Positif dengan Integer Positif
ii. Operasi Penolakan Integer Negatif dengan Integer Positif
iii. Operasi Penolakan Integer Positif dengan Integer Negatif
118

