Page 137 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 137
Pengaruh Profesionalisime Guru Terhadap Pencapaian Akademik Sekolah-Sekolah
Berprestasi Rendah Luar Bandar
1
3
2
Losius Goliong, PhD , Mohd. Khairuddin Abdullah, PhD , Rosy Talin, PhD
2,3
1 Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Sabah, Universiti Malaysia Sabah
1 losius21@gmail.com, khair@ums.edu.my, rostalin@gmail.com
2
3
Abstrak
Peranan guru yang profesional diperlukan bagi mempersiapkan pelajar hari ini supaya
mampu menghadapi cabaran baharu dalam era Revolusi 4.0. Kajian ini dijalankan untuk
mengenal pasti pengaruh profesionalisme guru terhadap pencapaian akademik dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah-sekolah berprestasi rendah luar bandar.
Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan soal selidik sebagai
alat ukuran. Pemilihan sampel kajian adalah menggunakan kaedah persampelan bertujuan
dan rawak mudah. Data-data diperoleh dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 335
responden dalam kalangan guru di 47 buah sekolah berprestasi rendah (SPR) luar bandar.
Analisis kajian secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai.
Manakala, analisis inferensi menggunakan ujian-t, MANOVA, korelasi Pearson dan regrasi
berganda. Dapatan kajian menunjukkan tahap min profesionalisme guru berada pada tahap
tinggi (m=4.14, sp=.45). Dapatan kajian juga menunjukkan tahap korelasi yang yang tinggi
(r=.910, p=.000). Profesionalisme guru menyumbang sebanyak 82.8% pengaruhnya terhadap
pencapaian akademik. Oleh itu, guru-guru wajar memantapkan lagi tahap profesionalisme
masing-masing supaya dapat berfungsi dengan lebih efisien dalam menyalurkan ilmu kepada
pelajar.
Kata Kunci: Profesionalisme, pencapaian akademik, sekolah berprestasi rendah, luar
bandar
PENGENALAN
Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangun modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan,
berkemahiran serta memiliki tahap profesionalisme tinggi bagi mengisi keperluan negara maju
akan datang (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2006). Menurut Aziah Ismail, et. al., (2006)
untuk melahirkan modal insan tersebut, pelajar-pelajar yang lahir dari sistem pendidikan pada
hari ini mestilah mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan
masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu serta mempunyai ketahanan
berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Peranan dan
tanggungjawab melahirkan pelajar-pelajar tersebut memerlukan guru yang profesional dan
komited terhadap profesionnya.
Sehubungan itu, pendidikan yang berkualiti merupakan penyumbang utama kepada
pembangunan modal insan dan ekonomi negara. Profesionalisme guru pula merupakan
medium yang berkesan dalam meningkatkan pencapaian akademik. Misalnya, amalan terbaik
dalam kalangan guru-guru melalui perlaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPc)
mampu mencapai matlamat kecemerlangan akademik di sekolah (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013). Oleh itu, dalam menentukan hala tuju dan kecemerlangan, sekolah
memerlukan guru-guru yang mempunyai tahap profesionalisme tinggi bagi mempersiapkan
127

