Page 127 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 127

̅
                                              ̅
               matematik murid perempuan (   = 74.08,    =  15.41) lebih tinggi daripada murid lelaki (   =
               66.38,    =  15.97), dengan saiz kesan menunjukkan 5.74% daripada varians dalam skor-skor
               matematik dapat dijelaskan oleh faktor jantina.
                       Kajian Zaliza et al. (2005) telah membuat perbandingan antara murid lelaki dengan
               murid perempuan berdasarkan keputusan peperiksaan awam  (UPSR, PMR dan SPM) bagi
               tempoh lima tahun (1996-2000). Hasil kajian menunjukkan peratus kelulusan matematik dalam
               UPSR, PMR dan SPM bagi murid perempuan lebih tinggi berbanding dengan murid lelaki.
               Keputusan ini adalah selaras dengan hasil kajian Tang (2009). Akhirnya, pengkaji mendapati
               sememangnya tiada satu kesimpulan yang dapat dilakukan, ini kerana hasil dapatan kajian
               lepas berbeza-beza berdasarkan negara yang berlainan dan sampel yang berbeza.
                       Kesimpulannya,  bahawa  terdapat  empat  kajian  lepas  menyatakan  pencapaian
               Matematik murid perempuan lebih tinggi berbanding pencapaian murid lelaki (Jabor et al.,
               2011; Sabahat, 2015; Tang, 2009; & Zaliza et al., 2005), manakala terdapat dua kajian lepas
               menyatakan pencapaian  Matematik murid  lelaki  lebih tinggi  berbanding  pencapaian murid
               perempuan (Lydia et al., 2008; Zahid & Salahuddin, 2015). Keenam-enam kajian lepas ini
               hanya  membolehkan  pengkaji  membuat  ramalan,  iaitu  terdapat  perbezaan  yang  signifikan
               dalam  pencapaian  matematik  antara  murid  lelaki  dengan  murid  perempuan,  sukar  untuk
               pengkaji menentukan kelebihan murid lelaki atau murid perempuan dalam menguasai operasi
               penolakan nombor integer negatif. Oleh itu, perbezaan antara pencapaian murid lelaki dengan
               murid perempuan dalam skor instrumen UDOPNIN perlu dikenal pasti dalam kajian ini, supaya
               menentukan  kebenaran  dan  ketekalan  kenyataan  yang  dilakukan  oleh  kajian-kajian  lepas,
               justeru membantu para guru dalam persediaan rancangan mengajar dalam topik nombor integer
               negatif.

                                                    METODOLOGI

               Kaedah tinjauan berbentuk ujian kertas dan pensel telah dijalankan. Persampelan rawak klaster
               (ramdom  cluster  sampling)  digunakan  dalam  kajian  ini.  Gay,  Geoffrey  dan  Peter  (2011)
               menyatakan  bahawa  persampelan  rawak  klaster  adalah  kaedah  pemilihan  sampel  secara
               kumpulan, bukan individu, yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Persampelan rawak klaster
               boleh dilakukan dengan pelbagai peringkat (multistage sampling) yang melibatkan peringkat
               daerah, peringkat sekolah dan seterusnya pemilihan peringkat kelas (Gay et al., 2011). Dalam
               kajian ini, pengkaji telah memilih 2 buah sekolah secara rawak (cabutan kotak) daripada setiap
               daerah di Pulau Pinang sebagai permulaan pemilihan rawak klaster sampel kajian ini, kecuali
               daerah Timur Laut melibatkan 3 buah sekolah (2 buah sekolah × 4 daerah + 3 buah sekolah =
               11 buah sekolah). Seterusnya, pengkaji memilih sekurang-kurangnya 50 orang murid tingkatan
               satu dari setiap sekolah menengah berkenaan untuk dijadikan responden menjawab instrumen
               UDOPNIN.
                      Responden kajian ini terdiri daripada  daripada  572 orang  murid tingkatan satu, dari
               11  buah  sekolah  menengah  di  Negeri  Pulau  Pinang,  Malaysia.  Jadual  1  telah  memberi
               gambaran secara menyeluruh tentang bilangan murid dan peratusannya mengikut daerah di
               Pulau Pinang yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Daerah Seberang Perai Utara dan
               Tengah masing-masing mempunyai 104 orang murid mengambil bahagian dalam ujian ini.
               Manakala  daerah  Seberang  Perai  Selatan,  Timur  Laut,  dan  Barat  Daya  masing-masing
               mempunyai 103 orang, 156 orang, dan 105 orang murid tingkata satu dijadikan responden
               dalam  kajian  ini.  Setiap  daerah  masing-masing  melibatkan  dua  buah  sekolah  menengah,
               kecuali daerah Timur Laut melibatkan tiga buah sekolah menengah dalam kajian ini.



                                                           117
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132