Page 21 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 21

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 14


               negara ini dengan sistem pendidikan di negara-negara maju yang lain (Muhammad
               Abd Hadi, 2015). Terdapat beberapa faktor yang mendorong Malaysia memulakan
               inisiatif STEM dalam pendidikan arus perdana negara ini. Faktor tersebut antaranya
               ialah  pernyataan  daripada  Majlis  Penyelidikan  dan  Kemajuan  Sains  Negara  yang
               menganggarkan bahawa Malaysia memerlukan sebanyak 493,830 orang saintis dan
               jurutera menjelang tahun 2020. Selain itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
               menyatakan bahawa Malaysia menghadapi masalah kekurangan sebanyak 236,000
               orang  tenaga  profesional  dalam  bidang  berkaitan  STEM  pada  ketika  ini  (MOSTI,
               2017). Permintaan terhadap pekerja berkemahiran STEM masa kini adalah melebihi
               bekalan pelatih untuk kerjaya seumpamanya. Situasi bekalan yang tidak memenuhi
               permintaan terhadap tenaga kerja berkebolehan STEM telah menyedarkan negara
               bahawa  sistem  pendidikan  perlu  menyediakan  lebih  ramai murid  dalam  bidang  ini
               (KPM, 2016) . Penurunan enrolmen murid dalam disiplin STEM negara ini dikhuatiri
               akan  menyebabkan  Malaysia  menghadapi  masalah  ketidakcukupan  tenaga  kerja
               saintis  dan  jurutera  pada  masa  hadapan.  Keadaan  ini  menunjukkan  keperluan
               transformasi  sistem  pendidikan  dilaksanakan  bagi  meningkatkan  bilangan  sasaran
               graduan bidang STEM negara ini.

                       Sistem  pendidikan  yang  mengamalkan  pendekatan  STEM  adalah  sejajar
               dengan  keperluan  Revolusi  Industri  4.0.  Menurut  Shwab  (2016),  revolusi  industri
               berubah mengikut kehendak semasa. Kronologinya bermula dengan Revolusi Industri
               1.0  yang  dipelopori  oleh  mesin  menggunakan  kuasa  enjin  wap  dan  tenaga  air.  Ia
               kemudiannya  diikuti  oleh  Revolusi  Industri  2.0  apabila  revolusi  teknologi  berjaya
               meningkatkan produktiviti melalui pengeluaran secara assemby line manakala kuasa
               elektrik digunakan dalam industri pembuatan secara besar-besaran. Revolusi Industri
               3.0  pula menyaksikan  penggunaan  komputer dan teknologi maklumat  yang  begitu
               meluas.  Revolusi Industri 4.0 merupakan peningkatan luar biasa berbanding Revolusi
               Industri  3.0,  dan  dicirikan  dengan  pelbagai  teknologi  baharu  seperti  kemunculan
               kecerdasan  buatan,  Internet  of  Things  (IoT),  automasi,  analisis  big  data,  integrasi
               sistem, simulasi, penggunaan robotik dan cloud.

                       Pada era Revolusi Industri 4.0, golongan pekerja dituntut untuk meningkatkan
               kemahiran  mereka  dalam  teknologi  baharu  seperti  teknologi  digital,  teknologi
               maklumat, automasi dan  sebagainya  agar keperluan  sistem pintar  dapat  dipenuhi.
               Menurut  Kergroach  (2017),  transformasi  teknologi  dalam  Revolusi  Industri  4.0
               memberi impak yang besar terhadap struktur perubahan pasaran buruh, permintaan
               kemahiran  pasaran  buruh  dan  cabaran  dasar.  Kemahiran  seperti  ini  hanya  dapat
               dicapai melalui sistem pendidikan yang mampu melahirkan murid yang mempunyai
               sikap kompeten, berilmu pengetahuan dan berkemahiran untuk menghasilkan tenaga
               kerja  yang  mahir.  Menurut  Sinlarat  (2016),  pengurusan  pembelajaran  era  ini
               memerlukan  sistem  pembelajaran  yang  dinamik  bagi  membolehkan  pelajar
               memperoleh pengetahuan dan kemahiran sepanjang hayat dan bukan hanya semata-
               mata untuk memenuhi kemahiran membaca, menulis dan mengira sahaja. Oleh itu,
               perlu ada perubahan dalam pengurusan pembelajaran yang boleh melahirkan individu
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26