Page 19 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 19
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 12
PENDIDIKAN SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING AND
MATHEMATICS (STEM) DAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0:
BERSEDIAKAH GURU KITA?
1 Chin Chee Keong, PhD (chincheekeong@ipgktb.edu.my)
1 Ahmad Rushidi bin Ramli (madrus2020@yahoo.com)
1 Chua Chong Sair, PhD (chuachongsair@gmail.com)
1 Noor Fadzilah binti Aris, PhD (noorfadzilaharis@gmail.com)
1 Pusparajan a/l Perumal (munespuspa@gmail.com)
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
Abstrak
Pendidikan Sains semasa sedang aktif digerakkan dalam peluasan pendekatan
Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) di sekolah untuk
menyediakan murid-murid ke arah Revolusi Industri 4.0. Kajian ini meninjau persepsi
dan amalan 216 orang guru Sains sekolah rendah dalam pendekatan STEM, serta
persepsi mereka terhadap peranan diri dalam penyediaan murid menghadapi
Revolusi Industri 4.0. Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan signifikan dalam
persepsi dan amalan pendekatan STEM antara guru opsyen Sains dan guru bukan
opsyen Sains, dan antara guru novis dan guru berpengalaman. Namun demikian,
tidak terdapat perbezaan signifikan dalam persepsi mereka terhadap peranan guru
dalam Revolusi Industri 4.0. Keperluan latihan pula berbeza antara kumpulan
perbandingan opsyen tetapi tidak berbeza antara guru novis dan guru
berpengalaman. Dapatan kajian ini memberi gambaran tentang perbezaan dalam
persepsi dan amalan guru Sains sekolah rendah dalam pelaksanaan STEM
berdasarkan opsyen guru dan tempoh pengalaman guru mengajar Sains.
Perancangan latihan dalam perkhidmatan dan pembangunan profesionalisme
berterusan boleh mengambil kira faktor opsyen ikhtisas guru serta tempoh
pengalaman guru mengajar Sains.
Kata kunci: Pendidikan Sains, STEM, Revolusi Industri 4.0, kesediaan guru
Abstract
Science Education is currently being actively mobilized in expanding the STEM
approach in schools to prepare students towards the Industrial Revolution 4.0. This
study aims to examine the perceptions and practices of 216 primary school Science
teachers in the STEM approach, as well as their perceptions of their role in preparing
students for the Industrial Revolution 4.0. Findings indicated significant difference in

