Page 24 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 24

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 17



                       Berdasarkan  Laporan  Kajian  Kebolehlaksanaan  TIMSS  2019  Gred  4  oleh
               Bahagian  Perancangan  dan  Penyelidikan  Dasar Pendidikan  (BPPDP),  KPM  pada
               tahun  2016,  kemampuan  guru  sekolah  rendah  untuk  melibatkan  murid  dalam
               pembelajaran  menggunakan  kemahiran  berfikir  atas  tinggi  berada  pada  aras
               sederhana.  Bilangan  guru  sekolah  rendah  yang  terlibat  dalam  kursus  dan  latihan
               berkaitan  Kemahiran  Berfikir  Aras  Tinggi  (KBAT)  adalah  rendah.  Penggunaan
               teknologi digital dalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga adalah rendah.

                       Biarpun Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM telah mengeluarkan
               garis panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran STEM (BPK, 2016) namun
               telah dikenal pasti bahawa pendidikan Malaysia masih kurang memberi penekanan
               kepada kaedah pengintegrasian disiplin STEM melalui pembelajaran aktif yang betul
               sebagaimana sepatutnya. Cabaran utama dalam pendidikan STEM negara ini ialah
               masih kurangnya pemahaman tentang pendidikan STEM dalam kalangan guru dan
               murid itu sendiri. Mereka masih mencari-cari hubung kait antara disiplin STEM dan
               prosedur  yang  wajar  dalam  mengintegrasikan    sains,  teknologi,  kejuruteraan  dan
               matematik  dalam  konteks  autentik  (Fatin  Aliah,  Mohd  Salleh,  Mohammad  Bilal,  &
               Salmiza, 2014).



               OBJEKTIF KAJIAN

                Kajian ini bertujuan meninjau persepsi guru sains sekolah rendah dalam perkara
                berikut:
                       a)     pendekatan STEM dalam pembelajaran Sains
                       b)     amalan mereka menggunakan pendekatan STEM
                       c)     peranan guru dalam Revolusi Industri 4.0
                       d)     keperluan latihan dalam STEM dan Revolusi Industri 4.0

                Persepsi guru untuk perkara di atas dibandingkan antara guru opsyen Sains dan
                bukan Sains, serta tempoh pengalaman guru mengajar Sains di sekolah.

               Hipotesis kajian yang diuji dalam kajian ini adalah seperti berikut:
               H01:   Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan secara statistik antara
                       guru opsyen sains dan guru bukan opsyen sains bagi persepsi terhadap
                       pendekatan STEM.
               H02:   Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan secara statistik antara
                       guru sains novis dan guru sains berpengalaman bagi persepsi terhadap
                       pendekatan STEM.
               H03:   Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan secara statistik antara
                       guru opsyen sains dan guru bukan opsyen sains bagi persepsi terhadap
                       amalan STEM.
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29