Page 25 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 25

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 18


               H04:   Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan secara statistik antara
                       guru sains novis dan guru sains berpengalaman bagi persepsi terhadap
                       amalan STEM.
               H05:   Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan secara statistik antara
                       guru opsyen sains dan guru bukan opsyen sains bagi persepsi tentang
                       peranan guru dalam Revolusi Industri 4.0.
               H06:   Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan secara statistik antara
                       guru sains novis dan guru sains berpengalaman bagi persepsi tentang
                       peranan guru dalam Revolusi Industri 4.0
               H07:   Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara guru opsyen
                       sains dan guru bukan opsyen sains dari segi keperluan latihan.
               H08:   Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara guru sains
                       novis dan guru sains berpengalaman dari segi keperluan latihan.



               METODOLOGI

               Persampelan
               Populasi kajian ini ialah guru-guru Sains sekolah rendah di Malaysia. Dari populasi ini,
               persampelan telah dibuat dengan mengambil guru-guru Sains sekolah rendah dari
               setiap negeri yang sudi mengambil bahagian dalam kajian ini. Bilangan guru yang
               terlibat dalam kajian ini ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah. Oleh kerana terdapat
               ketidakseragaman dalam bilangan sampel dari setiap negeri, maka penganalisaan
               data kajian ini hanya dibuat berdasarkan pengalaman tahun mengajar dan opsyen
               guru berkenaan tanpa mengambil kira negeri asal guru.

               Instrumen Kajian
               Kajian  ini  menggunakan  soal  selidik  skala  Likert  5-poin  yang  dibina  oleh  pengkaji
               sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian. Instrumen ini mempunyai 14 item
               yang  digunakan  untuk  mendapatkan  respon  terhadap  lima  konstruk.  Kesahan
               instrumen telah ditentusahkan oleh pensyarah-pensyarah kanan Sains dari Jabatan
               Sains  dan  Matematik  IPGKTB.  Kebolehpercayaan  instrumen  yang  diperoleh  dari
               kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

               Jadual 1: Kebolehpercayaan item mengikut konstruk

                                                                               Bilangan        Alpha
                                          Konstruk
                                                                                 item        Cronbach
                  Persepsi terhadap pendekatan STEM                                3            .775
                  Amalan STEM                                                      4            .799
                  Persepsi terhadap peranan guru dalam Revolusi                    5            .723
                  Industri 4.0
                  Keperluan latihan                                                2            .700
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30