Page 22 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 22

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 15


               yang kreatif dan inovatif selain memiliki kemahiran abad ke-21 yang berfokus kepada
               kepimpinan, kerjasama, kreatif, celik digital, komunikasi yang berkesan, kecerdasan
               emosi, keusahawanan, warga dunia, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan.
               Perubahan  dalam  sistem  pendidikan  adalah  mustahak  untuk  membentuk  individu
               yang mempunyai pemikiran kritikal, kreativiti dan inovasi, memahami silang budaya
               (cross-cultural understanding), menguasai literasi maklumat dan media, serta cekap
               dalam kemahiran kerjaya.


               TINJAUAN LITERATUR

               Di Malaysia, pendidikan STEM adalah pendidikan yang berasaskan kepada konsep
               mendidik  murid  dalam  empat  disiplin  akademik  utama  iaitu  Sains,  Teknologi,
               Kejuruteraan  dan  Matematik  dengan  mengintegrasikan  dan  mengaplikasikannya
               dalam konteks dunia sebenar. Pendidikan STEM boleh menarik minat murid melalui
               aktiviti  yang  mencabar,  menyeronokkan  dan  bermakna  (Bahagian  Pembangunan
               Kurikulum, 2016). Pendidikan STEM merupakan pendidikan sepanjang hayat yang
               merangkumi pembelajaran bersepadu secara formal berdasarkan kurikulum sekolah;
               dan  juga  secara  informal  khususnya  aktiviti  program  di  luar  waktu  sekolah.  Ia
               bertujuan  untuk  melahirkan  murid  yang  mempunyai  literasi  STEM  iaitu
               berkemampuan  untuk  mengenal  pasti,  mengaplikasikan  serta  mengintegrasikan
               konsep  atau  komponen  STEM  bagi  memahami  masalah  dan  menyelesaikannya
               secara kreatif dan inovatif.

                       Bahagian  Pembangunan  Kurikulum  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  turut
               mengeluarkan garis panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran STEM di
               negara  ini  (KPM,  2016).  Garis  panduan  ini  menekankan  aplikasi  kemahiran,
               pengetahuan  dan  nilai  STEM  untuk  menyelesaikan  masalah  dalam  konteks
               kehidupan seharian, masyarakat dan persekitaran. Pendekatan STEM menggalakkan
               murid bertanya dan meneroka persekitaran mereka melalui inkuiri dan penyelesaian
               masalah dunia sebenar yang akhirnya membawa kepada amalan STEM (KPM, 2016).
               Dokumen PPPM 2013-2025 ini mendefinisikan kemahiran STEM sebagai kecekapan
               dan  kebolehan  untuk  meneroka,  menyelesaikan  masalah,  mereka  bentuk  dan
               menghasilkan  produk.  Kemahiran  proses  dan  kemahiran  teknikal  juga  dianggap
               sebagai kemahiran STEM. Kemahiran proses melibatkan aplikasi pengetahuan untuk
               menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan kemahiran proses sains, kemahiran
               proses matematik, kemahiran reka bentuk dan kemahiran pemikiran komputer (KPM,
               2016).  Manakala  kemahiran  teknikal  pula  melibatkan  kemahiran  psikomotor  yang
               merangkumi kemahiran manipulatif, kemahiran pengurusan dan pengendalian alatan,
               radas dan mesin dengan cara yang betul dan selamat (KPM, 2016).

                       Pada masa yang sama, sistem pendidikan perlu dirombak demi menghasilkan
               suatu sistem yang mantap dan dinamik bagi mengisi keperluan Revolusi Industri 4.0.
               Menurut Abdul Haseeb (2018), anjakan paradigma perlu dibuat bagi menghasilkan
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27