Page 27 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 27

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 20


               Persepsi terhadap pendekatan STEM
               Berdasarkan ujian-t tak bersandar dalam Jadual 3, guru opsyen Sains mempunyai
               persepsi yang lebih positif secara signifikan terhadap pendekatan STEM berbanding
               guru bukan opsyen Sains (min guru opsyen Sains = 3.77, min guru bukan opsyen
               Sains = 3.49; t = 3.73, p < .001). Oleh demikian, H01 ditolak.

               Jadual 3: Ujian-t tak bersandar antara guru opsyen sains dan guru bukan opsyen
               sains


                  Guru Opsyen Sains         Guru Bukan Opsyen Sains

                  N       Min        SP        N         Min       SP          t          p         Δ


                 124      3.77      .55        91       3.49       .55       3.73       <.001      .08



               Jadual 4 menunjukkan guru Sains berpengalaman (lebih lima tahun mengajar Sains)
               mempunyai persepsi lebih positif signifikan terhadap pendekatan STEM berbanding
               guru Sains novis yang mengajar tidak lebih lima tahun (min guru berpengalaman =
               3.72, min guru novis = 3.56; t = -2.03, p < .05). Maka H02 ditolak.

               Jadual 4: Ujian-t tak bersandar antara guru sains novis dan guru sains
               berpengalaman

                                                      Guru Sains
                     Guru Sains Novis
                                                    Berpengalaman
                    N       Min        SP         N        Min       SP         t         p         Δ


                   84       3.56       .57      123       3.72       .54      -2.03     .043       .08



               Amalan STEM
               Jadual 5 menunjukkan guru opsyen Sains mengamalkan STEM dengan lebih positif
               berbanding guru bukan opsyen Sains novis (min guru opsyen Sains = 3.48, min guru
               bukan opsyen Sains = 3.12; t = 3.68, p < .001). Maka H03 ditolak.
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32