Page 44 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 44
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 37
(Constant) 1.112 0.226 4.926 0.000
2 Pengetahuan 0.339 0.069 0.422 4.890 0.000
sikap 0.240 0.054 0.385 4.462 0.000
a. Dependent Variable: aplikasi STEM
Jadual 12 : Analisis pembolehubah tersingkir
Excluded Variables
a
Model Beta In t Sig. Partial Collinearity
Correlation Statistics
Tolerance
1 sikap .385 4.462 .000 .426 .770
b
a. Dependent Variable: aplikasi STEM
b. Predictors in the Model: (Constant), Pengetahuan
Melalui soal selidik, kajian ini juga turut mendapati bahawa 21.5% responden
menyatakan kurang 20%, 55.9% responden menyatakan (26% hingga 50%), 20.4%
responden menyatakan (51% hingga 75%) dan hanya 2.2% responden menyatakan
(76% hingga 100%) pengajarannya menggunakan peralatan teknologi, mereka
bentuk teknologi atau mereka bentuk konsep tertentu bersama murid-murid dan
melakukan analisis matematik semasa pembelajaran Sains di bilik darjah. Kajian turut
mendapati bahawa 17.2% responden menyatakan (kurang 25%), 54.8% responden
menyatakan (26% hingga 50%), 22.6% menyatakan (51% hingga 75%) dan 5.4%
menyatakan (76% hingga 100%) pengajarannya menyatupadukan pendekatan
Matematik, Teknologi dan Kejuruteraan dalam pengajaran Sains dalam bilik darjah.
PERBINCANGAN
Kajian ini mendapati bahawa sikap dan pengetahuan terhadap STEM dalam kalangan
guru Sains sekolah rendah di daerah Tuaran adalah di tahap sederhana. Dapatan ini
adalah selaras dengan padangan Wahono dan Chang (2018), yang menyatakan
bahawa guru Sains yang berpengetahuan baik tentang STEM biasanya mempunyai
minat yang baik terhadap aplikasi STEM. Guru Sains dengan pengetahuan STEM
yang rendah tidak dapat menjelas STEM secara mendalam (Hidayatul Illah dan
Rabiatul Adawiah, 2020). Mereka tidak dapat menjelaskan bagaimana Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik berinteraksi antara satu dengan yang lain.
Dapatan ini juga disokong oleh Nuangchalern (2018) yang berpendapat masih ramai
guru yang salah faham tentang pendidikan STEM. Masih ada guru yang menganggap
pendidikan STEM adalah project-based learning dan tidak menyedari pendidikan
STEM adalah pendekatan bersepadu yang menyokong pelajar belajar Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik berdasarkan penyelesaian masalah dalam
kehidupan harian sebenar.

