Page 42 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 42

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 35


                       Ujian korelasi Spearman’s rho telah dilakukan untuk menguji korelasi antara
               sikap terhadap STEM dan aplikasi STEM serta korelasi pengetahuan terhadap STEM
               dan aplikasi STEM dalam pengajaran guru Sains sekolah rendah di daerah Tuaran
               seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8 dan Jadual 9 masing-masing. Dapatan ujian
               ini telah menjawab soalan kajian 4 dan soalan kajian 5 seperti berikut:

               Soalan kajian 4: Adakah terdapat korelasi antara sikap terhadap STEM dan aplikasi
               STEM  dalam  kalangan  guru  Sains  sekolah  rendah  di  daerah  Tuaran?  Didapati
               bahawa terdapat hubungan yang (kuat dan positif) signifikan antara sikap terhadap
               STEM  dan  aplikasi  STEM  dalam  kalangan  guru  Sains  sekolah  rendah  di  daerah
               Tuaran (rs = 0.583, p < 0.05) (Jadual 8). Oleh demikian nul 1 Ho1 adalah ditolak.

               Jadual 8: Korelasi antara sikap dan aplikasi STEM

                                                                                         Aplikasi STEM

                                                                                                       **
                                                Correlation Coefficient                          0.583
                Spearman's rho        Sikap
                                                Sig. (2-tailed)                                   0.000
                                                N                                                    93
               **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

               Soalan kajian 5: Adakah terdapat korelasi antara pengetahuan terhadap STEM dan
               aplikasi STEM dalam kalangan guru Sains sekolah rendah di daerah Tuaran? Didapati
               bahawa  hubungan  yang  (kuat  dan  positif) signifikan antara  pengetahuan  terhadap
               STEM  dan  aplikasi  STEM  dalam  kalangan  guru  Sains  sekolah  rendah  di  daerah
               Tuaran (rs = 0.613, p < 0.05) (Jadual 9). Oleh demikian nul 2 Ho2 adalah ditolak.

               Jadual 9: Korelasi antara pengetahuan dan aplikasi STEM

                                                                                         Aplikasi STEM

                                                                                                       **
                                                      Correlation Coefficient                    0.613
                Spearman's rho      Pengetahuan       Sig. (2-tailed)                             0.000

                                                      N                                              93
               **. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

                       Analisis regrasi telah dilakukan untuk menentukan adakah dua pembolehubah
               tidak  bersandar  iaitu  sikap  terhadap  STEM  dan  pengetahuan  terhadap  STEM
               mempengaruhi aplikasi STEM dalam kalangan guru Sains sekolah rendah di daerah
               Tuaran.

               Soalan kajian 6: Bagaimanakah pengaruh sikap dan pengetahuan terhadap STEM
               mempengaruhi aplikasi STEM dalam kalangan guru Sains sekolah rendah di daerah
               Tuaran?.
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47