Page 39 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 39
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 32
Jadual 1: Ujian kebolehpercayaan
Aspek Alfa Bilangan
Cronbach item
Sikap terhadap Pendidikan STEM 0.956 3
Pengetahuan tentang STEM 0.855 4
Aplikasi STEM 0.956 23
Subaspek Aplikasi STEM
Aplikasi Sains dan Teknologi 0.761 4
Aplikasi Sains dan Kejuruteraan 0.823 3
Aplikasi Sains dan Matematik 0.875 3
Aplikasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan 0.928 3
Aplikasi Sains, Teknologi dan Matematik 0.837 3
Aplikasi Sains, Kejuruteraan dan Matematik 0.777 3
Aplikasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik 0.886 4
DAPATAN KAJIAN
Jadual 2 dan Jadual 3 menunjukkan analisis jantina dan umur responden. Didapati
bahawa seramai 93 responden yang telah mengisi borang soal selidik secara online
terdiri daripada 29% lelaki dan 71% perempuan. Majoriti responden dalam lingkungan
umur 35 hingga 39 tahun, 40 hingga 44 tahun dan 45 hingga 49 tahun dengan masing-
masing 25.8%, 29.0% dan 21.5%. Majoriti responden juga mempunyai pengalaman
mengajar lebih 16 tahun (53.8%) (Jadual 4), majoriti memiliki kelayakan ijazah sarjana
muda (82.8%) (Jadual 5) dan majoriti guru dari kaum dalam kategori Bumiputera
Sabah atau Sarawak (79.6%) (Jadual 6).
Jadual 2: Analisis jantina responden
Jantina Frekuensi Peratus (%)
Lelaki 27 29.0
Perempuan 66 71.0
Jumlah 93 100.0
Jadual 3: Analisis umur responden
Umur Frekuensi Peratus (%)
25 hingga 29 tahun 7 7.5
30 hingga 34 tahun 11 11.8
35 hingga 39 tahun 24 25.8
40 hingga 44 tahun 27 29.0
45 hingga 49 tahun 20 21.5
50 tahun ke atas 4 4.3
Jumlah 93 100.0

