Page 41 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 41
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 34
Jadual 7 menunjukkan dapatan analisis tahap aspek sikap guru Sains terhadap
STEM, pengetahuan tentang STEM dan tahap aplikasi STEM serta tahap tujuh
subaspek aplikasi STEM dalam pengajaran Sains (aplikasi Sains dan Teknologi,
aplikasi Sains dan Kejuruteraan, aplikasi Sains dan Matematik, aplikasi Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan, aplikasi Sains, Teknologi dan Matematik, aplikasi Sains,
Kejuruteraan dan Matematik dan aplikasi Sains, Teknologi, dan Kejuruteraan dan
Matematik). Penentuan tahap adalah berdasarkan (Zamri dan Noor Syazwani, 2013)
iaitu (1.00 hingga 1.99) lemah, (2.00 hingga 2.99) rendah, (3.00 hingga 3.99)
sederhana dan (4.00 hingga 5.00) tinggi. Hasil analisis ini telah memberikan jawapan
kepada soalan kajian 1 hingga soalan kajian 3 seperti berikut:
Soalan kajian 1: Apakah tahap sikap terhadap STEM guru Sains sekolah rendah di
daerah Tuaran? Sikap terhadap STEM guru Sains sekolah rendah di daerah Tuaran
adalah di tahap sederhana dengan min skor 3.943 (s.p. 0.960).
Soalan kajian 2: Apakah tahap pengetahuan terhadap STEM guru Sains sekolah
rendah di daerah Tuaran? Pengetahuan terhadap STEM guru Sains sekolah rendah
di daerah Tuaran adalah di tahap yang sederhana iaitu dengan min skor 3.197 (s.p.
0.744).
Soalan kajian 3: Apakah tahap aplikasi STEM dalam kalangan guru Sains sekolah
rendah di daerah Tuaran? Aplikasi STEM dalam kalangan guru Sains sekolah rendah
di daerah Tuaran adalah di tahap sederhana iaitu dengan min skor 3.141 (s.p. 0.597).
Subaspek bagi aspek aplikasi STEM turut dianalisis (Jadual 8), didapati bahawa
subaspek aplikasi Sains dan Matematik dalam pengajaran Sains mendapat skor min
paling tinggi iaitu 3.391 (s.p. 0.706) dan paling rendah adalah aplikasi Sains,
Kejuruteraan dan Matematik iaitu hanya mendapat skor min 2.932 (s.p. 0.802).
Jadual 7: Analisis min tahap Sikap, pengetahuan dan aplikasi STEM
Aspek Min Sisihan Piawai
Sikap terhadap Pendidikan STEM 3.943 0.960
Pengetahuan tentang STEM 3.197 0.744
Aplikasi STEM 3.141 0.597
Subaspek Aplikasi STEM
Aplikasi Sains dan Teknologi 2.970 0.634
Aplikasi Sains dan Kejuruteraan 3.075 0.728
Aplikasi Sains dan Matematik 3.391 0.706
Aplikasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan 2.932 0.802
Aplikasi Sains, Teknologi dan Matematik 3.312 0.740
Aplikasi Sains, Kejuruteraan dan Matematik 2.932 0.802
Aplikasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik 3.133 0.719

