Page 49 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 49

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 42


                                     PEMBELAJARAN ABAD 21: SEJARAH DI
                        SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. ANTHONY, SARIKEI

                                  WONG MEE LENG (sejarahipgr2014@gmail.com)

                                      IPGK RAJANG, BINTANGOR, SARAWAK


                                                        Abstrak

               Kajian  ini  dilaksanakan  adalah  bertujuan  untuk  mengkaji  8  orang  guru  Sejarah
               Tingkatan 1 hingga 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Anthony, Sarikei
               mengaplikasikan aktiviti Pendidikan Abad 21 (PA21) dalam pengajaran dan pemudah
               cara (PdPc) mata pelajaran Sejarah yang dititikberatkan oleh Kementerian Pendidikan
               Malaysia  (KPM),  mengenal  pasti  kelas  PA21  diwujudkan  dalam  keadaan  yang
               selamat  dan  menyeronokkan  serta  meningkatkan  Gred  Purata  Mata  Pelajaran
               (GPMP)  Sejarah  SPM  untuk  mencapai  kemenjadian  murid  dalam  Program
               Transformasi Sekolah 25.  Kajian ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif dan
               kuantitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dan kaedah temu bual berstruktur
               serta  GPMP  Sejarah  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  Tahun  2017  dan  2018  untuk
               meninjau  dan  mengenal  pasti  kemahiran-kemahiran  abad  ke-21  yang  diterapkan
               kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Analisis hasil
               keputusan GPMP Sejarah SPM turut menunjukkan peningkatan sebanyak 0.77 dari
               tahun  2017  dengan  tahun  2018.  Dapatan  melalui  kaedah  pemerhatian  mendapati
               guru sejarah yang menggunakan PA21 semasa PdPc Sejarah untuk merealisasikan
               Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  2013-2025  manakala  dapatan
               daripada kaedah temu bual berstruktur dan GPMP Sejarah SPM juga memberi kesan
               positif terhadap PA21 dalam Sejarah yang dinyatakan dalam Standard 4 SKPMg2.

               Kata Kunci: PA21, Sejarah, SKPMg2

                                                        Abstract

               The purpose of this study is to look at 8 Grade 1-5 teachers in SMK St. Anthony,
               Sarikei  applied  PA21  activities  in  teaching  and  facilitating  (PdPc)  History  subjects
               emphasized by the Ministry of Education, identified PA21 classes created in a safe
               and  enjoyable  environment  and  increased  GPMP  History  SPM  to  achieve  student
               inclusion in the School Transformation Program 25. This study uses qualitative and
               quantitative  approaches  that  use  structured  observation  and  structured  interview
               methods as well as GPMP History 2017 and 2018 to review and identify 21st century
               skills applied to students during the process of teaching and learning History. Analysis
               of SPM History GPMP results also showed an increase of 0.77 from 2017 to 2018.
               The study found that history teachers used PA21 during PdPc History to realize PPPM
               2013-2025  while  findings  from  structured  interviews  and  GPMP  History  SPM  also
               provided positive impact on PA21 in History as stated in Standard 4 SKPMg2.

               Keywords: PA21, History, SKPMg2
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54