Page 40 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 40
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 33
Jadual 4: Pengalaman kerja responden
Pengalaman tahun bekerja Frekuensi Peratus (%)
1 hingga 5 tahun 8 8.6
6 hingga 10 tahun 17 18.3
11 hingga 15 tahun 18 19.4
16 tahun ke atas 50 53.8
Jumlah 93 100.0
Jadual 5: Analisis kelulusan tertinggi responden
Kelulusan tertinggi Frekuensi Peratus
Sarjana 6 6.5
Sarjana Muda 77 82.8
Diploma 10 10.8
Jumlah 93 100.0
Jadual 6: Analisis pecahan kaum responden
Kaum Frekuensi Peratus
Bumiputera Sabah/ 74 79.6
Sarawak
Cina 11 11.8
Lain-lain 1 1.1
Melayu 7 7.5
Jumlah 93 100.0
Ujian statistik terhadap data kajian diawali dengan ujian kenormalan
Kolmogorov-Smimov dan Shapiro-Wilk. Ujian kenormalan perlu dilakukan untuk
menentukan jenis statistik yang akan dijalankan terhadap data kajian. Dalam kajian
ini, nilai Shapiro-Wilk yang dipertimbangkan kerana sampel kajian kurang dari 2000
orang. Ujian kenormalan mendapati bahawa nilai tahap signifikan Shapiro-Wilk bagi
aspek sikap terhadap STEM (p = 0.000, p < 0.05), aspek pengetahuan tentang STEM
(p = 0.004, p < 0.05), aspek aplikasi STEM (p = 0.078, p > 0.05). Oleh demikian, dapat
disimpulkan taburan data kajian adalah tidak normal kerana majoriti nilai tahap
signifikan Shapiro-Wilk bagi semua aspek p < 0.05. Oleh yang demikian data kajian
perlu dianalisis menggunakan ujian statistik bukan parametrik (Lay dan Khoo, 2008).

