Page 51 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 51

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 44


               Panitia  Sejarah  (KPS)  sekolah  ini  juga  menyatakan  bahawa  pelajar  lemah  dalam
               kertas 2 dan kertas 3 dalam Peperiksaan Sejarah SPM kerana soalannya berbentuk
               esei dan struktur. Pelajar sukar dan tidak berminat untuk menghafal dan sukar untuk
               mengingati fakta dan peristiwa sejarah walaupun guru sejarah telah menjalankan latih
               tubi yang banyak untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran menjawab soalan
               dalam peperiksaan. Walau bagaimanapun, guru sejarah telah mendapati kaedah dan
               teknik ini memang kurang berkesan. Ini disebabkan keyakinan pelajar yang masih
               kurang telah menyebabkan mereka kurang minat menjalankan latihan yang diberi oleh
               guru.  Mereka akan semakin kurang minat membuat latihan secara inkuiri pada setiap
               hari  waktu  Sejarah.    Kebanyakan  pelajar  akan  berasa  bosan  terhadap  membuat
               praktis di dalam kelas. Mereka semakin kurang keyakinan terhadap latihan yang diberi
               oleh  guru.    Mereka  akan  sentiasa  minta  bantuan  daripada  guru  serta  sentiasa
               meminta guru sejarah memberi tunjuk ajar. Lama–kelamaan, ini akan menjadi satu
               sikap yang negatif bagi pelajar terhadap kertas Sejarah.   Oleh itu, untuk mengatasi
               masalah ini, guru sejarah telah sedaya upaya mengenal pasti masalah sebenar untuk
               membantu pelajar mengubah sikap mereka terhadap sejarah ini.


               OBJEKTIF KAJIAN

               Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan pembelajaran
               abad  ke-21  dalam  mata  pelajaran  Sejarah.  Objektif  kajian  ini  secara  spesifiknya
               adalah untuk mengenal pasti sama ada guru mata pelajaran Sejarah dapat:

               1.  Mengenal  pasti  kelas  PA21  diwujudkan  dalam  keadaan  yang  selamat  dan
                    menyeronokkan.
               2.  Mengaplikasikan aktiviti PA21 dilaksanakan dalam PdPc dalam mata pelajaran
                    Sejarah.
               3.  Meningkatkan keputusan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Sejarah Tingkatan
                    5 dalam Peperiksaan SPM.

               PERSOALAN KAJIAN

               Soalan kajian pengkaji adalah seperti yang berikut:

               1.  Bagaimanakah keadaan kelas PA21 diwujudkan dan berada dalam keadaan yang
                    selamat dan menyeronokkan?
               2.  Adakah  aktiviti  PA21  yang  diaplikasikan  dan  dilaksanakan  dalam  PdPc  dalam
                    mata pelajaran Sejarah?
               3.  Adakah aktiviti PA21 dapat meningkatkan keputusan Gred Purata Mata Pelajaran
                    (GPMP) Sejarah Tingkatan 5 dalam Peperiksaan SPM?
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56