Page 50 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 50

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 43


               PENDAHULUAN

               Sebagaimana  yang  terkandung  dalam  Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia
               (PPPM), pembelajaran abad 21 merupakan suatu bentuk transformasi dalam sistem
               pendidikan negara yang menuntut perubahan, terutamanya dalam bidang pengajaran
               dan  pembelajaran.  Pelaksanaan  pengajaran  dan  pembelajaran  abad  21  ini
               bermatlamat  untuk  menganjak  paradigma  kehidupan  masyarakat  dan  seterusnya
               menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan
               juga di peringkat antarabangsa.

                       Kemahiran  Pengajaran  dan  Pembelajaran  (PdP)  abad  21  merujuk  kepada
               beberapa  kompetensi  teras,  iaitu  kolaboratif,  celik  digital,  kemahiran  berfikir  dan
               penyelesaian masalah. Pembelajaran abad 21 sebagai suatu bentuk pembelajaran
               yang memerlukan pelajar menguasai isi kandungan dan menghasilkan, mensintesis
               (penyatuan / penggabungan) dan menilai maklumat daripada pelbagai mata pelajaran
               dan sumber yang luas dengan memahami dan menghormati budaya yang berbeza.
               Mereka  (murid)  diharap  dapat  mencipta,  berkomunikasi,  bekerjasama  serta  celik
               digital selain mempunyai tanggungjawab sivik.

                       Pengkaji menjalankan kajian ini di salah sebuah sekolah menengah di kawasan
               Sarikei  iaitu  Sekolah  Menengah  Kebangsaan  (SMK)  Saint  (St)  Anthony,  Sarikei,
               Sarawak  yang  berdekatan  dengan  tempat  bertugas  iaitu  Institut  Pendidikan  Guru
               Kampus  (IPGK)  Rajang,  Sarawak.  Pengkaji  melaksanakan  kajian  ini  dalam
               pembelajaran  abad  ke-21  di  sekolah  berkenaan  terhadap  mata  pelajaran  Sejarah
               sahaja.

                       Menurut  temu  bual  guru-guru  Sejarah  di  sekolah  ini,  pada  permulaan  mata
               pelajaran Sejarah ini diajar dengan menggunakan kaedah “Chalk and Talk” dan ini
               membuatkan  murid  berasa  sangat  bosan  serta  tidak  menarik  minat  murid  belajar.
               Guru Sejarah juga mengajar berpandukan buku teks Sejarah kerana sumber-sumber
               rujukan untuk sejarah belum mencukupi. Ini disebabkan pelajar tingkatan 5 mesti lulus
               mata pelajaran Sejarah baru memperoleh sijil peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia
               (SPM)  seperti  yang  dinyatakan  dalam  Surat  Pekeliling  Lembaga  Peperiksaan
               Bil.3/2011. Pelaksanaan Mata Pelajaran Sejarah Sebagai Mata Pelajaran Wajib Lulus
               Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) Mulai Tahun 2013 yang bertarikh 8 Ogos 2011 dengan
               rujukan: KP.LP.003.03.14(6). Jadi, panitia Sejarah sekolah ini perlu berinisiatif untuk
               meningkatkan kelulusan mata pelajaran Sejarah dalam Peperiksaan SPM.


               PERNYATAAN MASALAH

               Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru sejarah telah mendapati pelajar memang
               kurang  berminat  mempelajari  sejarah  walaupun  guru  sejarah  menggunakan  teknik
               latih  tubi,  teknik  bercerita  tanpa  bahan  bantu  belajar.  Makluman  daripada  Ketua
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55