Page 54 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 54

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 47


               DAPATAN KAJIAN

               Soalan 1:  Bagaimanakah keadaan  kelas  PA21  diwujudkan  dan  berada  dalam
               keadaan yang selamat dan menyeronokkan?

               Suasana  fizikal  bilik  darjah  mungkin  merupakan  ‘kawan’  atau  ‘musuh’  dalam
               pembelajaran. Persekitaran bilik darjah penting kerana persekitaran kondusif boleh
               menggalakkan  atau  menghalang  pembelajaran.  Konsep  bilik  darjah  abad  21  yang
               akan dibangunkan adalah dengan:
                   ➢  Mentransformasikan  bilik  darjah  dengan  ruang  pembelajaran  kreatif  hasil
                       usaha murid supaya menarik dan bermakna.
                   ➢  Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar
                       secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.

                   Pengkaji  juga  dapat  mendengar,  memerhatikan  dan  bertanya  sendiri  untuk
               mendapatkan maklumat dan seterusnya dapat memahami apa yang berlaku di tempat
               kajian  terhadap  suasana  atau  iklim  bilik darjah  dan  susunan  meja  kerusi  haruslah
               sesuai dan memudahkan pergerakan murid dan guru. Selain itu, keadaan di dalam
               bilik darjah perlu sediakan ruang untuk menjalankan aktiviti PdPc. Pengkaji mendapati
               beberapa corak susunan meja kerusi di tempat kajian semasa PdPc mata pelajaran
               Sejarah  dijalankan.  Bilik  darjah  yang  telah  dilaksanakan  di  tempat  kajian  pengkaji
               adalah dalam bentuk ‘U’ dan bentuk “T”. Didapati sekolah ini mempunyai bilangan
               pelajar yang banyak dengan puratanya setiap kelas mempunyai 35-38 orang.

                   Selain itu, murid-murid diagihkan mengikut kumpulan dan duduk dalam kumpulan
               antara  empat  hingga  enam  orang.  Menurut  guru  mata  pelajaran  Sejarah,  cara  ini
               memudahkan  guru  melaksanakan  aktiviti  berkumpulan  dengan  kaedah  koperatif
               seperti  yang  dirancangkan  dalam  Rancangan  Pengajaran  Harian  (RPH)  dan  juga
               menerapkan  elemen  6K  dalam  PdPc  mata  pelajaran  Sejarah  seperti  Standard  4
               SKPMg2.  Berikut adalah situasi fizikal bilik darjah PAK 21 di tempat kajian pengkaji.
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59